R.I.P Majalah Mastika

Sembang

3 November 2018 lepas, majalah yang pernah menjadi bahan bacaan popular seluruh rakyat Malaysia yang mendambakan kisah benar dan mistik, Mastika mengumumkan akan menamatkan penerbitan majalahnya menerusi Twitter @majalahmastika.

Selama 77 tahun Mastika diterbitkan sejak 1941, edisi November 2018 adalah majalah keluaran terakhir Mastika. Tapi korang jangan meraung, Mastika masih aktif di Twitter dengan info-info dan cerita-cerita yang menarik untuk kita baca. Kali ni mari kita tengok antara majalah-majalah yang pernah diterbitkan oleh Mastika dan juga respon netizen mengenai Mastika.

“Ada Yang Kata Kami Kalah Dengan Media Sosial” – Mastika

Memang betul. Mastika masih mempunyai peminat dan pembacanya tersendiri. Zaman teknologi dan media sosial sekarang ni, bukan Mastika je yang terasa dengan persaingan yang semakin bercabang. Industri lain pun turut terasa contohnya muzik, bukan je kita boleh dengar kat radio je sekarang ni. Even dekat website hotfm.com.my pun boleh dengar lagu dah. Macam-macam aplikasi boleh guna untuk dengar muzik. Penjualan album physical copy pun dah semakin berkurang.

Tapi menurut Mastika sendiri, pengakhiran majalah Mastika mungkin hanya cuti panjang atau selamanya. Jadi mungkin satu hari nanti Mastika akan kembali dengan produk digital terbaru untuk memudahkan kita menatap cerita-cerita mistik daripada Mastika. Sama-sama kita nantikan.

Reaksi Netizen

Ramai juga netizen yang terkejut dan terkilan dengan pengumuman Mastika 3 November lepas. Tapi ada juga yang bagi kata semangat dan berkongsi kenangan bersama Mastika. Korang boleh baca satu-satu kat bawah ni.

Koleksi Front Cover Mastika

Ini antara front cover yang pernah ditampilkan oleh Mastika selama 77 tahun penerbitan majalah Mastika.

KATALAKI: Teringat zaman kegemilangan Mastika masa 3gp tengah famous.

Last modified: 13 November 2018