Rahsia Anime Menjadi Kegilaan Ramai

Sembang, ZAP, ZeKool

Mungkin ramai antara korang yang minat tengok anime. Kalau tak minat pun aku boleh jamin korang semua pernah tengok anime walaupun sekali seumur hidup. Anime ni sebenarnya bermaksud animation, tapi orang Jepun sebut anime. Kita pula bila sebut anime, kita akan merujuk specifically kepada cerita animation dari Jepun. Tapi secara asasnya anime ni sebenarnya cerita kartun lah. Kalau orang Jepun nampak cerita Upin & Ipin, diorang akan sebut cerita tu sebagai anime. Tapi jangan keliru pula cerita anime dengan hentai walaupun kedua-duanya datang dari Jepun. Hentai ni cerita 18SX versi anime dari Jepun kalau korang nak tahu. So tak perlu cari yang tu, kita cari anime je.

Menurut The Association of Japanese Animation (AJA), dalam tahun 2016, industri animasi Jepun membuat keuntungan sebanyak 17.7 juta USD hasil daripada perkembangan industri selama 7 tahun berturut-turut. Anime ni kalau dilihat bukan sahaja popular Jepun, malahan di seluruh dunia sehingga ke Amerika Syarikat. Jadi persoalannya kenapa animasi dari Jepun ni boleh jadi kegilaan orang ramai berbanding animasi dari negara lain?

ANIME VS CARTOON

Seperti yang aku katakan tadi anime ni maksudnya cerita kartun, tapi secara popularnya telah dirujuk sebagai animasi dari Jepun. Dan cartoon pula dirujuk sebagai animasi dari barat. Jadi kedua-duanya memang ada perbezaan yang sangat ketara. Cara lukisan bagi kedua-dua jenis animasi dilihat sangat berbeza dimana watak-watak dalam anime dilukis secara exaggerate. Contoh cerita Dragon Ball kita boleh tengok rambut Goku yang agak mustahil nak tiru dalam dunia nyata. Jalan cerita anime juga boleh dikira luar daripada dunia kita.

Cartoon dari barat pun ada cara lukisan yang tersendiri. Kalau kita tengok pun kita tahu animasi ni dari negara barat. Tapi kita membesar pun banyak menonton cerita kartun dari kedua-duanya, baik yang anime seperti Doraemon dan Digimon ataupun kartun barat seperti Tom & Jerry dan Popeyes. Tapi apa membuatkan anime lebih dominant berbanding kartun barat adalah bagaimana ia berkembang daripada cerita untuk kanak-kanak kepada cerita untuk orang dewasa.

ANIME LEBIH DOMINAN

Anime seperti Dragon Ball, Digimon dan juga Pokemon memainkan peranan penting dalam memupuk minat kita sewaktu kanak-kanak untuk meminati anime. Anime dikatakan mempunyai kemampuan yang unik untuk berkembang atau membesar bersama penontonnya. Menurut pakar anime, Takamasa Sakurai, anime diterima ramai kerana konsepnya yang tidak konvensional. Ia telah memecahkan tradisi di mana kartun hanya ditonton oleh kanak-kanak sahaja. Peminat anime di luar negara pula lebih meminati anime kerana jalan ceritanya yang sangat mengujakan dan disertakan dengan pengakhiran yang sukar dijangkakan. Jadi storyline anime memang banyak dibuat untuk memenuhi selera penonton dewasa.

Tidak dinafikan kartun dari barat juga ada cerita kartun dengan konsep yang sesuai untuk penonton dewasa seperti The Simpsons, Family Guy, Rick & Morty dan banyak lagi. Tapi pasaran animasi dunia lebih banyak dikuasai oleh animasi dari Jepun, iaitu sebanyak 60 peratus. Jadi tak hairan lah kenapa anime boleh sampai ke pasaran Amerika Syarikat. Di Netflix sekarang pun banyak dah cerita anime yang boleh ditonton. Ini pun dah menunjukkan popularity anime yang meluas.

Cuma satu je kartun barat ni hebat, diorang mampu untuk adaptasi daripada kartun ke filem live action seperti animasi daripada Marvel atau DC. Anime kalau dijadikan filem live action mesti fail filem tu. Jadi sebab tu lebih baik kekal sebagai anime je. Tapi pernah juga cerita anime ni dituduh memberi influence yang kurang baik.

KATALAKI: Siapa yang tak layan cerita anime ni dia tak akan faham kenapa ada orang suka gila layan anime

Last modified: 4 June 2020