Rahsia Diet Cristiano Ronaldo

Aktif, Bola

Pada 5 Februari 2020, atlet yang digelar pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo berumur 35 tahun dan masih lagi mampu bersaing di peringkat tertinggi bola sepak. Buat masa ni Cristiano Ronaldo merupakan penyerang utama pasukan Juventus di Itali selepas berpindah dari Real Madrid pada tahun 2018.

Dah pernah menang lebih daripada 30 piala bersama Sporting CP, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo dikatakan mempunyai tahap kecergasan dan keupayaan yang dimiliki oleh pemain bola sepak yang berusia 20 tahun ketika menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum secara rasmi berpindah ke Juventus pada tahun 2018. Masa tu Cristiano Ronaldo berumur 33 tahun.

Tak boleh nak terkejut sangat dengan pendedahan mengenai tahap kecergasan yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo memandangkan Cristiano Ronaldo memang mengamalkan rutin dan diet yang ekstrem. Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Manchester United, Patrice Evra pernah mengaku yang Cristiano Ronaldo bukan manusia, tapi sebuah mesin!

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail Online, ada beberapa rutin dan diet yang diamalkan oleh Cristiano Ronaldo sehingga kini, dikawal oleh pakar nutrisi yang sentiasa berada bersama Cristiano Ronaldo untuk mengekalkan tahap kecergasan dan keupayaan Cristiano Ronaldo beraksi di tahap terbaik di dalam padang.

 

View this post on Instagram

 

Recovery session ❄️πŸ’ͺ🏻

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Dari segi pemakanan, Cristiano Ronaldo mengamalkan cara makan dengan kuantiti yang sikit tapi secara kerap. 6 hidangan makanan dalam satu hari, terdiri daripada makanan bijiran penuh (whole grain), buah-buahan yang segar, salad dan makanan yang kaya dengan protein terutama sekali ikan dan ayam. Semua makanan ni dihidangkan kepada Cristiano Ronaldo dalam keadaan segar, bukan makanan sejuk beku (frozen food).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Selain daripada mengamalkan cara pemakanan yang berzat, rehat dengan cara yang betul juga merupakan rutin yang diterapkan dalam kehidupan seharian seorang pemain bola sepak ternama dunia yang digelar G.O.A.T. Bukan je rehat yang cukup, tapi Cristiano Ronaldo nak rehat pun kena betul. Cristiano Ronaldo dikatakan tidur 8 jam sehari tapi bukan secara berterusan. 8 jam tersebut dibahagikan kepada 5 waktu tidur dalam satu hari. Setiap waktu, Cristiano Ronaldo akan tidur selama 1 jam 30 minit untuk melengkapkan 8 jam waktu tidur dalam satu hari.

KATALAKI: Lepas ni boleh try tidur macam Cristiano Ronaldo, mana tahu bangun boleh dapat six-pack.

Last modified: 16 January 2020