Rahsia Pemain FPL Nombor 1 Di Malaysia dan Liga Fantasi Thelaki – Ogos 2019

Aktif, Bola

Tahniah kami ucapkan kepada pemilik pasukan iftiya squad, Noor Syafrizad Rohaizad, pemenang Liga Fantasi Thelaki untuk bulan Ogos selepas berjaya mengumpul mata paling banyak menewaskan team yang lain. Boleh tahan sengit gak saingan dalam Liga Fantasi Thelaki. Setiap minggu bertukar-tukar kedudukan berebut nak dapat nombor 1. Team korang macam mana setakat ni? Relax brader. Baru bulan Ogos.

Image Via : thelaki.com.my

Untuk info, Noor Syafrizad Rohaizad atau lebih dikenali sebagai Safar yang berasal dari Kuala Lumpur bukan je berjaya dapat nombor 1 dalam Liga Fantasi Thelaki untuk bulan Ogos, Safar juga merupakan pemain FPL yang berada di tangga teratas kat Malaysia. Gempak teruk ni.

Image Via : thelaki.com.my

Dah alang-alang Safar berjaya dapat hadiah yang kami tawarkan untuk pemenang bulan Ogos iaitu bola Nike Merlin, kami sempat gak korek rahsia macam mana nak kumpul mata yang banyak setiap gameweek. Mari kita tengok apa jawapan Safar.

Image Via : thelaki.com.my

Kalau korang nak tahu, Safar merupakan peminat sejati pasukan Manchester United dan mula terjebak main Fantasy Premier League sejak tahun 2010. Dah nak dekat 10 tahun gak tu Safar main FPL. Patut la power. Safar ada kongsikan gak mengenai 3 orang pemain yang mesti dibeli dan berada di dalam pasukan FPL untuk dapat mata paling banyak. Menurut Safar, pemain tersebut ialah Raheem Sterling, Sergio Aguero dan Teemu Pukki sebab pemain-pemain ni mampu bagi mata yang konsisten untuk setiap gameweek.

Bila ditanya mengenai perasaan selepas berjaya berada di tangga teratas di Malaysia dan Liga Fantasi Thelaki, Safar mengaku yang dirinya sendiri terkejut sebab sebelum ni tak pernah lagi merasa berada di tangga teratas. Kami cuba gak dapatkan rahsia dan tip daripada Safar untuk dapat mata yang banyak dalam FPL. Ini jawapan Safar.

1. Pilihan captain setiap minggu kena tepat.

2. Kena rajin tengok perlawanan Premier League untuk tahu dan kaji pemain yang tengah on form.

3. Berani ambil risiko untuk beli pemain yang jarang orang beli. Kadang-kadang pemain yang kurang dapat perhatian boleh gak bagi mata yang banyak.

4. Kena rajin untuk kaji dan tengok statistik pemain yang dah ada dalam pasukan dan pemain yang nak dibeli.

Akhir sekali, pesanan daripada Safar untuk pemain FPL yang lain kekal konsisten kumpul mata yang banyak setiap minggu ialah FPL memang permainan yang susah untuk dijangka. Belum tentu pemain yang memang hebat boleh menjaminkan mata yang banyak setiap minggu. Semuanya bergantung kepada nasib dan rezeki. Tapi yang paling penting, pastikan pilih captain yang betul-betul layak dan boleh bagi mata yang banyak setiap minggu.

Image Via : thelaki.com.my

Korang yang tak berjaya menang tu tak perlu nak murung. Setiap bulan kami akan bagi hadiah untuk pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi. Kalau tak jelas lagi macam mana nak join Liga Fantasi Thelaki, boleh usha kat sini. Untuk bulan September nanti, hadiah untuk pasukan yang berjaya kumpul mata tertinggi ialah permainan video FIFA 20 Champions Edition (PS4). All the best!

Image Via : ea.com

KATALAKI: September ni UEFA Champions League akan bermula. Semakin pening la korang nak pilih line-up nanti.

Last modified: 20 September 2019