Rakam Music Video Guna iPhone 11 Pro

Tech, ZAP, ZeKool

Zaman sekarang dengan kuasa teknologi yang ada, kita dah boleh lakukan almost anything. Cakap je nak makan apa, boleh terus dihantarkan ke depan pintu rumah korang. Dengan kuasa teknologi yang semakin hari semakin advance, kita juga terdedah dengan kemudahan yang lebih banyak kerana gajet-gajet yang ada pada zaman sekarang ni setiap hari semakin baik dan lebih baik.

Antara gajet yang semakin hari semakin advance dalam dunia teknologi semasa tentunya adalah gajet yang digunapakai oleh setiap daripada kita seperti smartphone. Kalau dahulunya, telefon adalah suatu objek yang kita gunakan untuk berhubungan dari satu talian ke talian.

Dengan teknologi zaman ini, fungsi-fungsi yang terdapat pada sebuah telefon puntar didalam genggaman kita, kita sudah boleh melakukan lebih banyak perkara yang dapat membantu dalam tugasan harian. Zaman sekarang, telefon bukan sahaja objek komunikasi buat kita semua, tetapi ianya juga membolehkan setiap penguna untuk menjadi content creator dan boleh menjadikannya sebagai salah satu punca penjanaan kewanggan.

Sebagai contoh, telefon pintar seperti iPhone. Sejak ianya dikeluarkan oleh syarikat teknologi gergasi, Apple pada tahun 2007. Evolusi iPhone semakin berkembang daripada satu model ke satu model. Sehinggakan ianya bukan sahaja mampu membantu kita berkomunikasi dan mengambil gambar mahupun video. Tetapi dengan perkembangan teknologi dan ciri-ciri yang dimiliki oleh iPhone, ianya juga mampu dijadikan sebagai alat untuk kita mengantikan gajet yang lain seperti kamera video mahupun kamera DSLR.

Baru-baru ini kecoh juga di alam maya Internet apabila penyanyi lagu genre pop dance electronic, Lady Gaga mengeluarkan muzik video lagu terbaharu yang berjudul “Stupid Love”. Yang menarik sekali ialah video muzik tersebut dirakam sepenuhnya mengunakan model terbaharu Apple Iphone, Iphone 11 Pro.

Dalam usaha untuk mempersembahkan kepada dunia betapa bagusnya kecanggihan sistem fungsi kamera yang terdapat pada model terbaharu iPhone 11 Pro, Apple telah bekerjasama dengan Lady Gaga untuk menerbitkan muzik video terbaharu lagu berjudul “Stupid Love”, muzik video lagu tersebut dirakam sepenuhnya mengunakan iPhone 11 Pro. Video muzik yang diarahkan oleh seorang pengarah yang berasal dari Australia bernama Daniel Askill dengan bantuan sinematografi daripada Sebastian Wintero.

Menurut laman web PCMag, video muzik lagu Stupid Love tersebut dirakam dengan bantuan dan pengunaan aplikasi Filmic Pro, dengan bantuan aplikasi tersebut ianya dapat memberikan team produksi lebih kualiti yang terbaik seperti cinematic framerate dan aplikasi tersebut mampu mengubah setting-setting yang lain sama seperti dirakam mengunakan kamera HD atau DSLR.

Selain dengan bantuan aplikasi Filmic Pro, pihak produksi juga turut mengunakan hardware tambahan seperti peralatan pencahayaan profesional serta stabilizers untuk memberikan overall experience dan kualiti yang terbaik untuk video muzik lagu tersebut.

Ini ternyata membuktikan bahawa kecanggihan ciri-ciri kamera video yang terdapat pada iPhone 11 Pro mampu merakamkan video muzik dengan kualiti yang tinggi dimana handset tersebut mempu memproseskan rakaman video setinggi resolusi 4K bersamaan dengan 60 frames per second.

Ini tentunya bukanlah video klip muzik pertama yang dirakam mengunakan iPhone 11 Pro. Pada bulan Oktober 2019, penyanyi dan pelakon Selena Gomez muncul dengan lagu terbaharunya yang berjudul “Lose You to Love Me” dimana video tersebut merupakan video klip muzik pertama yang dirakam mengunakan sistem video kamera iPhone 11 Pro.

Setelah menyepi selama 4 tahun tanpa sebarang lagu baharu mahupun album, Selena Gomez mengeluarkan video muzik untuk lagu terbaharu “Lose You to Love Me”. Selain mempromosikan lagu terbaharu Selena Gomez tersebut di Apple Music dan Youtube di mana ianya menampilkan klip Selena Gomez selama satu minit dengan bantuan pengarah Sophie Muller merakamkan video tersebut dengan hasil sepenuhnya mengunakan iPhone 11 Pro.

Selena Gomez juga turut dilihat menyebarkan klip muzik video lagu terbaharu itu di account Twitter milik beliau dalam sebuah Tweet yang disertakan di caption #ShotonIphone.

Sejak ianya dikeluarkan pada bulan September 2019, telefon pintar generasi ke-13, iPhone 11 Pro mempunyai spesifikasi yang tinggi dan kamera yang terdapat pada model ini adalah dikatakan sebagai peningkatan ubahsuai utama buat siri model telefon pintar tersebut. iPhone 11 Pro juga dilengkapi dengan triple-lens camera dimana ianya mempunyai ciri-ciri terbaik seperti night mode yang membolehkan penguna merakam gambar ataupun video dengan kadar low light. Apple mengatakan dengan fungsi resolusi video 4K, ianya diperluaskan dengan rangkaian dinamik dan penstabilan video yang lebih sinematik hasil rakaman 60 frames per second.

KATALAKI: Aaaaaaa power juga lah iPhone 11 Pro ni, tapi harga dia pun power gak weyh…

Last modified: 3 March 2020