Rakan Sepasukan Yang Pernah Bergaduh Atas Padang

Aktif, Bola

Perlawanan Premier League antara Aston Villa dan West Ham pada 17 September 2019 kecoh jap disebabkan aksi pergaduhan antara pemain yang berlaku di dalam padang. Yang peliknya, pergaduhan tersebut melibatkan 2 orang pemain Aston Villa sendiri iaitu Anwar El Ghazi dan Tyrone Mings.

Pening gak kalau rakan sepasukan sendiri yang bergaduh dalam padang. Perlawanan Premier League lak tu. Bukan liga cap ayam. Tayang kat TV lak tu. Malu pun ada. Tapi sebenarnya sebelum ni pun pernah gak terjadi pergaduhan pemain antara rakan sepasukan sendiri. Mari kita tengok, pemain dan pasukan mana yang pernah terlibat dengan pergaduhan sesama sendiri.

Lee Bowyer v Kieron Dyer (Newcastle United)

Berlaku pada tahun 2005, juga terjadi dalam perlawanan Premier League, 2 orang pemain Newcastle United secara tiba-tiba terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan tengah berlangsung. Kesudahannya, Lee Bowyer dan Kieron Dyer dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Mario Balotelli vs Roberto Mancini (Manchester City)

Bergaduh tu perkara biasa, bukan je melibatkan pemain tapi pernah gak berlaku pergaduhan antara pemain dan pengurus. Kejadian ni berlaku melibatkan pemain dan pengurus Manchester City pada tahun 2011. Pergaduhan tersebut berpunca daripada Mario Balotelli yang cuba melakukan skil untuk menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang LA Galaxy. Tak lama lepas tu, Mario Balotelli terus dikeluarkan dan digantikan dengan pemain simpanan.

Jermaine Beckford vs Eoin Doyle (Preston North End)

Pada tahun 2016, 2 orang pemain Preston North End terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri selepas tidak puas hati dengan hantaran bola yang dilakukan. Kedua-dua pemain dilayangkan kad merah dan Preston North End tewas 2-1 kepada Sheffield Wednesday dalam perlawanan tersebut.

KATALAKI: Sedangkan lidah lagi tergigit, adik-beradik pun ada bergaduh. Tapi apa yang terjadi lepas pergaduhan tu yang penting. Sama ada terus bergaduh atau berdamai.

Last modified: 18 September 2019