Ramai Tak Suka Filem Monster Hunter?

Sembang

Bagi mereka yang tidak tahu, Monster Hunter merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh Capcom. Permainan pertama untuk series ini mula dikeluarkan untuk Playstation 2 dan terbaru di Playstation 4 dan PC.

Permainan video Monster Hunter ini merupakan permainan ber-genre action roleplaying dimana korang akan bermain sebagai seorang Hunter yang akan memburu dan membunuh pelbagai jenis monster dan kemudian membuat armor dan weapon dari anggota badan monster yang telah korang bunuh tadi.

Baru-baru ini, pengarah movie terkenal Paul W. S Anderson telah mengumumkan yang pengambaran movie berdasarkan permainan video ini telah pun berjalan. Antara pelakon yang akan ada dalam movie ini adalah isteri Anderson sendiri iaitu pelakon terkenal Mila Jovovich.

Mila Jovovich yang sebelum ini turut menjadi watak utama dalam movie yang juga berdasarkan permainan video dan turut diarahkan oleh suaminya iaitu siri Resident Evil.

Pelakon lain yang akan ada movie ini adalah Tony Jaa, Pelakon yang berasal dari Thailand ini memang tidak asing dalam filem-filem aksi sejak dari movie OngBak lagi.

Pada awal pengumuman movie ini, ramai peminat permainan video ini yang tidak setuju dan tidak suka bila ianya bakal diarahkan oleh Anderson kerana apa yang telah terjadi kepada movie Resident Evil sebelum ini yang banyak menerima kritikan negatif daripada peminat permainan video itu.

Satu post daripada Mila Jovovich di Instagram telah membuatkan peminat lagi bertambah bengang bila ianya menunjukan Mila berpakaian tentera kerana ianya dilihat tidak kena langsung dengan story asal permainan video ini yang menumpukan kepada dunia fantasi.

Namun baru-baru ini Screen Gems, pihak produksi yang bertanggungjawab untuk filem ini telah mendedahkan sipnosis dan juga gambar rasmi Mila dan Tony yang lengkap dengan armor dan weapon dari permainan video Monster Hunter.

Menurut mereka, filem ini akan berkisahkan tentang Leftenan Natalie Artemis yang dilakonkan oleh Mila Jovovich adalah seorang askar dan telah terperangkap didalam dunia Monster Hunter bersama-sama rakan-rakan askarnya yang lain.

Dah kenapa Tony Jaa bawak Great Sword dengan Bow sekali???

Didalam dunia yang penuh dengan monster ini, mereka telah terjumpa seorang Hunter yang dilakonkan oleh Tony Jaa dan mereka berkerjasama demi mencari jalan pulang ke dunia sebenar dan dalam masa yang sama menghalang monstermonster ini masuk ke dunia sebenar.

Dalam gambar rasmi ini, Mila dilihat membawa senjata Dual Blade dan memakai armor seakan-akan Odagaron armor manakala Tony pula membawa senjata Great Jawblade dan Great Hunter Bow sambil memakai armor seakan-akan armor Field Team Leader yang ada dalam permainan video Monster Hunter World.

Sumber Gambar : MyGameOn

Walaupun dengan sipnosis dan gambar rasmi ini, peminat masih rasa tidak yakin dengan movie ini dan merasakan yang movie ini akan jadi seperti movie Resident Evil yang mana boleh dikatakan gagal sebelum ni.

Aku sendiri sebagai peminat game Monster Hunter ini pun masih rasa tidak yakin. Mungkin aku kena tunggu trailer dia terlebih dahulu dan baru boleh buat keputusan.

 KATALAKI: Katanya dalam movie ini nanti akan ada scene dorang berlawan dengan Rathalos, King of the Skies!

Last modified: 22 November 2018