Ramalan Kencang: iPhone 11?

Gadget, Tech

Bagi peminat iPhone, baru-baru ini agak kecoh sedikit dekat media social bila terdapat beberapa rumors berkenaan smartphone terbaru daripada Apple. Beberapa leaks image yang dikatakan gambar smartphone terbaru daripada Apple iaitu iPhone 11.

Menurut TechRadar, iPhone 11 kemungkinan besar akan dikeluarkan pada September 2019. iPhone 11 juga dikatakan akan mempunyai upgrade yang lebih berbanding iPhone XS dari segi spec dan pelbagai lagi.

3 KAMERA BELAKANG?

Antara rumors yang sedang hangat diperkatakan tentang iPhone 11 adalah tentang kamera belakangnya. Beberapa leak image menunjukan yang kemungkinan besar iPhone 11 akan didatangkan dengan 3 kamera belakang.

Design untuk kamera belakang ini kelihatan seperti Huawei Mate 20 iaitu dalam bentuk petak berbanding design horizontal seperti Samsung A7. Kalau design ini merupakan design kamera belakang sebenar iPhone 11, Nampaknya Apple betul-betul cuba dapatkan kembali market mereka di China yang mana kita tahu di sana Huawei sedang monopoli market smartphone.

NEXT GEN SONY 3D SENSORS!

Dalam satu laporan yang lain, iPhone 11 juga dikatakan akan didatangkan dengan Sony nextgen 3D Sensors bagi menambah kelajuan untuk fungsi Face Unlock, Portrait Mode yang lebih cantik dan implikasi Augmented Reality (AR)

Kamera hadapan untuk iPhone 11 ini juga juga akan diletak pada notch yang lebih kecil berbanding iPhoneiPhone sebelum ini dan sensor-nya pula akan diletakan pada bahagian bawah screen.

APPLE PENCIL PADA IPHONE?

Ada sumber turut menyatakan yang iPhone 11 terbaru ini juga mungkin akan support penggunaan Apple Pencil yang mana pada masa ini hanya boleh digunakan iPads sahaja. Sama ada Apple Pencil ini juga boleh melekat pada badan iPhone 11 ini seperti iPad Pro terbaru, kita kena tunggu official news nanti.

Selain itu, iPhone 11 juga juga dikatakan akan dimasukan chipset terbaru iaitu A13 Chip dan juga mungkin akan support WiFi 6 connection support.

Berdasarkan rumor-rumor ini, mungkin semuanya tidak akan terjadi pada iPhone 11 dan maybe akan ada lebih banyak upgrade lagi selain daripada rumors yang keluar sekarang ini. Daripada segi harga aku predict harga dia akan lebih mahal berbanding iPhone XS Max dalam lebih RM300 – RM450++. 

KATALAKI: Peminat–peminat iPhone dah boleh start simpan duit. Kumpul duit belanja ke, buat part time ke untuk beli Iphone 11 ini nanti hahaha!

SUMBER: TECHRADAR

Last modified: 22 January 2019