Rambo: Last Blood, Kini Rambo Seorang Instafamous

Sembang

Sekali dalam seumur hidup, bro-bro sekalian mesti pernah acah-acah Rambo kan? Siapa je yang tak terpengaruh dengan kegagahan Rambo ni. Menurut The Hollywood Reporter, filem terakhir Rambo, Rambo: Last Blood lakonan Sylvester Stallone akan ditayangkan pada 20 September 2019 nanti geng!

Sumber: www.hollywoodreporter.com

Kali terakhir filem Rambo ditayangkan ialah pada tahun 2008, 11 tahun lepas, korang ingat lagi apa yang jadi dalam filem tu? Rambo jadi pemandu bot yang bawa askar U.S masuk kawasan perang di Burma atau sekarang ni dikenali sebagai Myanmar. Lepas tu korang tahu la kan apa yang jadi.

Untuk filem terbaru Rambo ni nanti, mengisahkan pasal Rambo yang masuk ke negara Mexico untuk cari anak kawannya yang diculik oleh kartel dadah. Maknanya kali ni, Rambo akan berperang lak dengan gangster dadah Mexico. Tak sabar gak nak tengok macam mana lak tahap kekejaman Rambo berperang dengan kartel dadah kali ni.

Kali pertama filem Rambo bertajuk First Blood ditayangkan pada tahun 1982. Masa ni, filem Rambo memang filem wajib tonton abah-abah korang.

Korang tahu ke berapa umur bro Sylvester Stallone sekarang ni? Tahun 2019, Sylvester Stallone dah pun berumur 73 tahun. Pehh. Dah level atok-atok ni. Tapi masih lagi bertenaga untuk berlakon filem lasak. Sylvester Stallone aktif gak kat Instagram walaupun dah layak dipanggil atok Sylvester. Followers pun berjuta bhai. Sylvester Stallone ada gak kongsikan gambar-gambar masa tengah shooting filem Rambo: Last Blood. Mari kita usha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

 

View this post on Instagram

 

After he returned home RAMBO Would always volunteer for dangerous rescue missions, this one during a Lethal flash flood .. . #rambo5

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

KATALAKI: Trailer belum ada lagi. Dah ada nanti kitorang roger kat Instagram @thelakione.

Last modified: 11 March 2019