Rambo: Last Blood, Paling Kejam Dan Brutal

Sembang

Kali pertama siri filem Rambo ditayangkan kat pawagam bertajuk First Blood pada tahun 1982. Kalau korang tanya mak, ayah atau abang-abang korang, mesti dorang tahu betapa megahnya nama Rambo. Sedar tak sedar sebenarnya korang sendiri pun membesar dengan Rambo. Sebab tu lah gelaran pisau Rambo sangat popular kat Malaysia. Padahal nama sebenar pisau tu bukan pisau Rambo pun.

Image Via : tokopedia.com

Filem terbaru dan filem yang ke-5 siri filem Rambo bertajuk Rambo: Last Blood kini dah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 September 2019. Korang tak teringin nak tengok ke? Baca ni dulu sebelum pergi tengok.

Image Via : imdb.com

Rambo: Last Blood menceritakan mengenai John Rambo lakonan Sylvester Stallone yang masih lagi trauma dengan kisah peperangan di Vietnam yang berlaku dalam filem-filem Rambo sebelum ni. Kalau korang memang tengok semua filem Rambo sebelum ni, semua guna konflik yang sama iaitu John Rambo masih belum move on dan trauma dengan peperangan di Vietnam. Tapi yang menjadikan jalan cerita filem Rambo: Last Blood lain daripada filem-filem Rambo sebelum ni ialah kewujudan watak perempuan remaja, Gabrielle lakonan Yvette Monreal, cucu kepada kawan baik Rambo yang tinggal di rumah Rambo.

Image Via : cheatsheet.com

Konflik mula tercetus apabila Gabrielle sibuk nak ke Mexico untuk cari ayah kandungnya walaupun dihalang oleh Rambo. Gabrielle secara diam-diam pergi gak ke Mexico kemudian ditipu dan akhirnya dipaksa untuk menjadi pelacur. Lepas tu, bermula lah aksi John Rambo yang memang dikenali dengan sifat kekejaman.

Image Via : scmp.com

Image Via : thehindu.com

Jalan cerita yang ditampilkan dalam filem Rambo: Last Blood ni mudah je untuk korang faham. Takde sampai nak kena berfikir. Disebabkan jalan cerita yang terlalu mudah, mungkin sebab tu filem ni teruk dihentam. Tapi kalau korang rindu dan sangap nak tengok aksi-aksi kekejaman yang selalu ditampilkan dalam filem-filem Rambo sebelum ni, filem Rambo: Last Blood ni confirmed akan buat korang berpeluh dan mungkin ada scene yang korang tak sanggup nak tengok.

Image Via : digitalspy.com

Tapi sayang sekali, watak jahat dalam filem Rambo: Last Blood tak betul-betul jahat untuk berhadapan dengan watak Rambo yang cukup besar dalam keganasan. Mungkin ini salah satu kekurangan yang ada dalam filem ni. Sebab tu gak lah Rambo selamba je hadap sorang-sorang dorang ni untuk balas dendam. Nama pun Rambo.

Image Via : blackfilm.com

Salah satu babak yang paling best dalam filem Rambo: Last Blood ialah persiapan Rambo untuk bertempur dengan watak-watak jahat. Macam-macam senjata ada sampai korang tak faham apa tujuannya sehingga lah senjata tersebut digunakan untuk berlawan dengan watak jahat dalam filem ni. Babak-babak pertempuran yang ada dalam filem Rambo: Last Blood memang kejam dan brutal gila. Puas hati la untuk peminat-peminat Rambo sebab John Rambo memang dikenali dengan cara pembunuhan yang kejam. Babak kejam yang ditampilkan juga tak nampak macam kartun. Memang real. Tu yang sampai kami sendiri pun ada babak yang tak sanggup nak tengok.

Image Via : gamespot.com

Image Via : empireonline.com

Kalau korang Google pasal filem ni, memang ramai yang mengkritik dan menghentam. Sebelum kami pergi tonton sendiri Rambo: Last Blood, kami tak letak harapan yang tinggi pun. Tapi lepas habis tengok filem ni, kami puas hati dengan apa yang ditampilkan dalam filem Rambo: Last Blood. Cerita tak pening untuk faham dan babak yang kejam memang betul kejam macam filem Rambo yang sepatutnya. Cuma tak boleh nak dibandingkan dengan filem-filem Rambo sebelum ni. Jauh berbeza. Filem Rambo: Last Blood lebih mudah dan ringkas tapi masih kejam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

KATALAKI: Kat hujung filem Rambo: Last Blood ada tunjuk adegan-adegan daripada filem pertama Rambo sampai yang paling baru. Kalau korang memang layan filem Rambo yang pertama sampai sekarang boleh teringat balik la kenangan masa zaman kanak-kanak dulu. Semua nak jadi macam Rambo.

Last modified: 23 September 2019