Rambut Pemain Bola Paling Stylo

Aktif, Bola

Selain daripada boot bola yang fancy, rambut pemain bola kat atas padang pun main peranan penting gak. Penting untuk apa? Penting untuk peminat-peminat bola sepak. Mesti la pemain bola sepak nak orang ramai tengok seorang pemain bola sepak yang pandai jaga penampilan diri. Korang suka ke tengok pemain bola yang messy?

Kali ni kita nak tengok senarai pemain bola yang pandai jaga rambut masih tersikat rapi walaupun mandi peluh kat dalam padang. Let’s go!

Hector Bellerin

Pemain pertahanan Arsenal yang berumur 24 tahun ni memang dah biasa curi perhatian dengan baju-baju yang dipakai kat luar padang. Tapi kali ni kita nak fokus dengan Hector Bellerin yang sekarang ni semakin selesa berambut panjang. Tapi kat dalam padang kena la ikat.

Paul Pogba

Kalau cakap pasal rambut sekarang ni, Pogba la orang yang sesuai. Tapi selalunya Pogba suka gunakan warna-warna rambut yang fancy. Style rambut lebih kurang sama je.

Edinson Cavani

Penyerang PSG yang berasal dari Uruguay ni dah berumur 32 tahun, selesa bawa imej rambut lelaki yang macho. Jarang dah kita nampak pemain penyerang yang ada rambut macam ni sekarang ni.

Sergio Ramos

Pertahanan yang paling ganas buat masa sekarang ni, Sergio Ramos sentiasa nampak kemas dengan gaya rambutnya. Sebelum ni Sergio Ramos pernah gak berambut panjang.

Tapi rambut pendek siap berpomade nampak lagi smart.

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo antara pemain bola sepak yang sangat ambil berat pasal penampilan diri. Korang sendiri pun boleh nampak macam mana penampilan CR7 kat luar atau dalam padang. Rambut CR7 tak pernah mengecewakan peminat-peminatnya. Sekarang ni style rambut CR7 nampaknya lebih matang dan simple.

Pemain Bola Malaysia Takde Ke?

Jangan marah bos. Siapa kata takde. Ada 3 pemain Harimau Malaya yang nampaknya memang ambil berat pasal rambut ni. Nahh sekali dengan Instagram kami sediakan.

Akhyar Rashid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🔰 اخيار راشد 🤙🏻🦹🏻‍♂️ (@akhyarrashid) on

Dominic Tan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dominic Tan Jun Jin (@dominictjj) on

Safawi Rasid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safawi Rasid (@safawirasid29) on

KATALAKI: Rambut korang style apa sekarang ni? Ada rupa orang ke tak tu?

Last modified: 8 April 2019