Ramona “GFi#” Azween Sah Bermain Untuk Team China!

Game, Tech

RAMONA JOIN TYLOO GAMING!

Minggu ini captain kumpulan CS:GO terkenal Malaysia iaitu Ramona Azween telah mengesahkan yang dia akan mula bermain untuk Esports team dari China iaitu Tyloo Gaming. Ramona atau dikenali sebagai GFi# sebelum ini bermain untuk pasukan esports tempatan iaitu Orange Sphynx.

Orange Sphynx sebelum ini telah tewas semasa Dreamhack Showdown pada awal bulan ini. Namun prestasi dia semasa di kejohanan Zowie Divine Asia telah membuatkan pasukan dari China itu mengambil keputusan untuk mengambil Ramona sebagai pemain baru mereka.

Ramona Azween telah bersama-sama bermain untuk pasukan Orange Sphynx sejak daripada August 2018 lagi yang mana selain daripada menjadi captain untuk pasukan ini, dia juga bertindak sebagai seorang coach pada masa itu.

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, Ramona berkata yang komunikasi kemungkinan besar akan menjadi masalah untuk dia mula bermain untuk pasukan Esports Tyloo Gaming namun dia akan cuba untuk belajar. Kata Ramona lagi, walaupun selepas ini dia sudah bermain untuk pasukan Tyloo Gaming dan mungkin akan menjadi rival untuk Orange Sphynx, tapi team Orange Sphynx tetap dia anggap sebagai keluarganya!

XDE HAL BRO ESPORTS?

Image via: NST.com.my

Sebelum ini rapperΒ tempatan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ada menyatakan yang dia ingin membuat pasukan Esports dia sendiri untuk permainan video PUBG. Dia juga ada menyatakan yang dia sedang mencari beberapa pemain yang hebat dan juga mahukan Fredo daripada pasukan Bosskur untuk join team yang dia akan bangunkan.

Minggu ini nampaknya Caprice betul-betul serious untuk bangunkan pasukan Esports-nya sendiri apabila dia menyatakan dalam satu posting dia di Instagram yang dia akan mendaftar nama XDE HAL BRO ESPORTS sebagai nama pasukannya dan turut menunjukkan tiga logo untuk dipilih oleh peminatnya.

Caprice turut mengumumkan yang ujibakat untuk menyertai pasukan Esports miliknya akan dimulakan pada pada bulan hadapan. Sebelum ini Caprice telah menawarkan gaji sebanyak RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan bagi mereka yang terpilih untuk join pasukannya.

Dia turut menyatakan dia akan menyediakan sebuah rumah khas untuk pasukannya berlatih dan livestream bermain permain video tersebut. Kalau korang yang betul-betul berminat nak bermain dibawah pasukan Esports Caprice, bolehlah siap-siap untuk uji bakat bulan depan!

KATALAKI: Apa-apa pun kita doakan Ramona dan pasukan Orange Sphynx akan terus maju jaya!

Last modified: 25 July 2019