Rapper Keluarkan Gaming Console Sendiri?!

Gadget, Tech

Kalau korang nak tahu, awal bulan haritu rapper terkenal, Soulja Boy yang femes dengan lagu Crank That (Soulja Boy) & juga lagu Kiss Me Thru The Phone telah mengeluarkan gaming console diatas jenama dia sendiri.

Tapi masalahnya sekarang gaming console yang Soulja Boy keluarkan ni dikatakan gaming console yang fake dan kebanyakan design console yang dijual ditiru daripada console seperti Xbox One dan Gameboy.

Korang mesti pernah tengok zaman dulu ada gaming console yang bagitahu dalam dia ada 3,000 games lepas tu design dorang keluarkan macam Nintendo 64 or macam Xbox 360 kan? Hah! Macam tulah rupa dia console yang Soulja Boy keluarkan ni.

Macam-macam jugalah barang yang Soulja Boy ni jual dekat website SouljaWatch dia. Dekat situ ada smartwatch, earphone, wireless headphone, smartphone, tablet dan tak lupa juga gaming console.

Terdapat 4 gaming console yang dijual buat masa sekarang iaitu SOULJAGAME FUZE yang nampak macam Xbox One, RETRO SOULJABOY MINI yang sebijik tiru design Gameboy dan SOULJAGAME HANDHELD yang seakan-akan macam Nintendo Switch cuma takda Dock je.

Baru-baru ini jugak ada ura-ura menyatakan yang pihak Nintendo telah menghubungi Soulja Boy dan memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan surat saman kepada Soulja Boy.

Saman itu bukan sahaja disebabkan Soulja Boy mengeluarkan gaming console yang seakan-akan product yang pernah dikeluarkan Nintendo tapi ianya juga disebabkan gamegame yang terdapat pada gaming console tersebut juga merupakan hak milik Nintendo.

Soulja Boy dikatakan boleh didakwa diatas kesalahan Trademark Counterfeiting Act yang mana Soulja Boy boleh dipenjara selama 10 hingga 20 tahun.

Bawah ni ada review video yang dikeluarkan oleh Youtuber Madlittlepixel yang dia ada buat unboxing dan review untuk salah satu gaming console yang dikeluarkan oleh Soulja Boy iaitu Soulja Boy Handheld.

Selain daripada gaming console, Soulja Boy juga dikatakan berminat untuk buat team esport dia sendiri. Dia juga dikatakan sedang berbincang dengan streamer Fortnite terkenal iaitu Ninja yang mana dikatakan kawan rapat kepada rapper terkenal ini.

Dia juga menyatakan yang dia dalam process mencari esport player lain untuk berada dibawah team esport dia sendiri nanti. Kalau korang rasa korang ada banyak duit tak tahu nak buat apa dengan duit tu boleh lah usya website SouljaWatch ni and beli semua gaming console yang Soulja Boy jual ni haha!

KATALAKI: Pelik-pelik betul perangai rapper sorang ni.

Last modified: 19 December 2018