Rasmi: Jersi Terbaru Pasukan Liga Super 2019

Aktif, Bola

Lagi beberapa hari je lagi, musim terbaru Liga Super untuk tahun 2019 akan bermula pada 1 Februari 2019 ni. Untuk jadual perlawanan Liga Super minggu pertama, korang boleh check kat sini. Korang excited ke tak ni? Kalau betul excited jerit heyyy satu kali!

Disebabkan Liga Super 2019 dah nak start, pasukan yang bertanding musim ni pun busy teruk rasmikan jersi yang terbaru untuk dipakai oleh pemain-pemain yang akan beraksi dalam pasukan masing-masing. Jom kita tengok cun ke tak cun jersi untuk musim 2019 ni.

Pahang

Sumber : Pahang FA

Sumber : Pahang FA

Sumber : Pahang FA

Kalau tahun lepas Pahang gunakan jersi tajaan daripada FILA, untuk musim baru ni, Pahang akan terima tajaan jersi baru untuk 2 tahun bermula 2019 daripada Umbro, jenama sukan ternama yang berasal dari England. Jersi kuning berbelang biru sebagai jersi Home dan jersi hitam berbelang kelabu akan digunakan sebagai jersi Away.

Perak The Bos Gaurus

Sumber : Perak TBG

Sumber : Perak TBG

Juara Piala Malaysia 2018, Perak The Bos Gaurus juga akan gunakan jersi daripada Umbro untuk musim 2019, warna kuning sebagai jersi Home dan hitam sebagai jersi Away. Yang menariknya kat jersi Perak ni, siap ada slogan Save Water dan Quit Smoking di hujung dada kiri dan kanan. Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal pun ada bagi tahu yang nanti akan ada jersi ketiga daripada Perak TBG yang akan digunakan secara eksklusif untuk perlawanan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Melaka United

Sumber : Melaka United Soccer Association

Sumber : Melaka United Soccer Association

Musim 2019 ni tahun ketiga Melaka United akan beraksi dalam Liga Super sejak kembali bermain dalam Liga Super sejak tahun 2017. Melaka United akan tampil dengan jersi putih sebagai Home, jersi hijau sebagai Away dan jersi kuning sebagai jersi ketiga. Player baru Melaka United pun gempak-gempak tahun ni, ada Safiq Rahim, Liridon Krasniqi, Shukor Adan, R.Gopinathan dan ramai lagi weh.

Terengganu FC

Sumber : Terengganu Football Club

Sumber : Terengganu Football Club

Sumber : Terengganu Football Club

Untuk musim 2018, Terengganu FC berjaya dapat tempat kelima dalam Liga Super 2018. Musim 2019 ni, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar target Terengganu FC untuk tamatkan saingan Liga Super 2019 di tempat 3 teratas. Jersi terbaru Terengganu FC yang berwarna putih akan digunakan sebagai jersi Home dan hitam sebagai Away.

Kedah 

Sumber : Kedah FA

Sumber : Kedah FA

Sumber : Kedah FA

Buat pertama kalinya, bermula musim 2019 takkan ada pemain Kedah yang akan gunakan jersi nombor 12. YAB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dah umumkan yang nombor 12 dalam pasukan Kedah dikosongkan istimewa untuk penyokong Kedah.

PKNS FC

Sumber : PKNS FC

Sumber : PKNS FC

Pasukan PKNS FC pula akan gunakan jersi baru yang berwarna oren sebagai Home, jersi hijau sebagai Away dan jersi biru untuk jersi ketiga. Jersi yang warna hitam, kuning dan merah ialah jersi untuk penjaga gol Home, Away dan jersi ketiga. Musim lepas PKNS FC berjaya tamatkan kempen Liga Super di tempat ketiga bersaing rapat beza satu point je dengan Perak TBG di tempat kedua.

Johor Darul Ta’zim

Sumber : Johor Southern Tigers

Sumber : Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super, JDT menampilkan jersi tajaan Nike, warna merah biru untuk Home dan ungu untuk Away. Jersi Away JDT yang berwarna ungu diinspirasikan daripada kereta Ferrari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selangor

Sumber : FA Selangor

Sumber : FA Selangor

Sumber : FA Selangor

Selangor menampilkan jersi terbaru untuk Liga Super 2019 berwarna merah untuk Home dan putih untuk Away. Jersi ketiga Selangor pula berbeza dengan musim lepas yang berwarna kuning, untuk musim 2019, Selangor gunakan warna hijau sempena warna rasmi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KATALAKI: Setakat 29 Januari 2019, Felda United, Kuala Lumpur dan MIFA belum lagi launch jersi baru. MIFA akan tukar ke nama baru dan PKNP akan rasmikan jersi baru pada 30 Januari ni. Sama-sama kita tungguuuu.

Last modified: 23 April 2019