Raya Di Bandar Lagi Best?

Sembang

Lagi beberapa hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri dan sudah tentu ramai orang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Macam aku, kedua-dua mak dan ayah aku ada di Kuala Lumpur jadi sangat jarang aku beraya di kampung. Ayah aku berasal dari Sabak Bernam, Selangor manakala mak aku pula berasal dari Padang, Indonesia jadi kalau balik beraya pun selalunya aku akan ikut family aku beraya di Sabak Bernam.

Dulu masa aku kecik-kecik, hari raya adalah satu perayaan yang paling aku tak sabar nak sambut. Pagi raya satu family bersiap balik ke kampung lepas solat raya. Sampai kampung aku dapat berjumpa dengan saudara-mara dan juga nenek aku. Tapi selepas nenek aku meninggal dunia, perasaan untuk balik beraya di kampung terus hilang.

Sekarang tiap kali raya menjelma, aku lebih suka duduk dirumah dan beraya di bandar sahaja. Mungkin selepas nenek aku dah tiada, perasaan happy nak sambut hari raya dah tak ada dalam diri aku. Tapi beraya di bandar bukanlah satu benda teruk sebab beraya di bandar ada keunikannya juga.

Antara sebab aku suka beraya di bandar adalah suasana sunyi bila semua orang balik ke kampung. Bandar yang dulunya penuh dengan kereta dan bunyi bising kini senyap dan aman. Dikawasan rumah aku, dia punya sunyi aku boleh siap baring di tengah jalan tanpa perlu risau kereta datang.

Bila hari raya juga lah aku boleh berjalan dekat shopping mall dengan tenang dan tanpa perlu risau tentang parking penuh dan kadang-kadang benda itu akan buat kau rasa macam shopping mall ini macam kau yang punya! Tapi bukanlah mall itu betul-betul kosong sebab bila hari raya ini jugalah aku dapat tengok warga-warga asing yang selalu membanting tulang dapat bercuti dan berjumpa dengan kawan-kawan dorang.

Masa ini baru korang dapat lihat bagaimana seseorang yang terpaksa tinggalkan keluarga dorang demi mencari rezeki di negara lain beraya. Most of them akan sibuk menangkap gambar rakan-rakan dengan baju baru sambil berlatar belakangkan bangunan-bangunan indah di bandar seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Gambar-gambar ini pula dihantar ke ahli keluarga di kampung sengan senyuman bagi memastikan mereka di kampung tahu yang dorang dekat Malaysia sihat-sihat sahaja.

Jadi sekarang ada dua sebab kenapa aku suka beraya dibandar. Pertama suasana sunyi dan aman daripada biasa dan kedua, aku dapat melihat wajah-wajah gembira daripada orang-orang yang kita tahu sanggup berkorban demi mencari rezeki untuk family dorang yang tinggal di negara lain.

Sebab yang terakhir dan aku rasa sebab yang paling penting kenapa aku lebih suka beraya di bandar adalah kerana aku dapat beraya dengan orang yang aku kenal. Ya walaupun di kampung aku dapat beraya dengan saudara-mara tapi aku tak berapa nak kenal dengan dorang macam mana aku aku kenal kawan-kawan aku di bandar.

Oleh kerana ramai kawan-kawan aku yang juga beraya di bandar, biasanya kitorang akan datang beraya ke rumah masing-masing dan bila malam kitorang akan beramai-ramai tengok wayang bersama-sama. Habis tengok wayang kitorang akan melepak di kedai mamak sampai pukul 4-5 pagi. Dan disebabkan sebab yang terakhir inilah aku tahu apa yang membuatkan sambutan hari raya itu lebih bermakna.

Sambutan hari raya lebih bermakna bukan sebab kena balik kampung dan sebagainya, ia jadi lebih bermakna bila kita sambut dengan orang yang kita kenal dan kita selesa. Jadi kalau korang pulang beraya di kampung sekali pun tapi korang tak selesa beraya dengan saudara-mara, korang tak akan dapat rasa indahnya beraya. Jadi dengan siapa kita sambut beraya itu sangat penting bro!

KATALAKI: Bagi korang yang dah lama tak pulang ke kampung, beraya dengan mak dan ayah korang baliklah kampung. 

Last modified: 31 May 2019