Razer Buka Pejabat Di Malaysia!

Game, Tech

Hari ini Razer telah melancarkan pejabat rasmi pertama mereka di Malaysia. Brand gaming yang memang tidak asing lagi di kalangan gaming community ini sememangnya diminati oleh orang ramai.

Pejabat ini akan mula beroperasi di The Vertical, di tengah-tengah Bangsar South. CEO Razer, Min-Liang Tan berkata, Razer akan terus invest pada Malaysia sebagai hub fintech (Operasi Teknologi Kewangan) dalam South East Asia.

Malaysia merupakan negara pertama yang bersedia semasa pelancaran Razer Pay tahun lepas dan dengan keputusan untuk meletakan satu pejabat rasmi Razer di Malaysia adalah satu tindakan yang tepat bagi melonjakan lagi usaha menjadikan Malaysia sebagai hub fintech.

Razer Pay yang dilancarkan pada July tahun lepas telah menarik lebih daripada 500,000 orang untuk sign up hanya dalam masa seminggu. Minggu ini, Razer telah melancarkan beberapa lagi feature untuk Razer Pay seperti in-app coupon, instant messaging dan menaik tarafkan lagi pengalaman menggunakan Razer Pay.

Sebagai official partner untuk Sukan SEA 2019 akan datang, Razer akan terus membantu Malaysia dalam memperkuatkan lagi gaming community disini. Ini termasuk untuk memberikan sokongan secara terus kepada atlet-atlet yang akan bertanding dalam acara esport di sukan SEA 2019.

Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir bersama-sama dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng berkata, dia berterima kasih kepada Razer atas sokongan yang diberikan kepada gaming community di Malaysia dan berharapkan pada Sukan SEA 2019 ini, Atlet esport daripada Malaysia mampu untuk merangkul pingat emas pertama mereka. 

KATALAKI: Harap-harap lepas ini dorang buka official store pula. Bolehlah shopping barang-barang gaming!

Last modified: 28 February 2019