Razer Game Store Dah Masuk Malaysia?!

Game, Tech

Hah korang jangan pelik, sekarang ni Razer pun dah start jual game secara digital dah. Bukan setakat jual headphone, keyboard dan mouse je sekarang tahu tak.

Bersempena jualan siber 11/11, Razer telah berkerjasama dengan Lazada dan telah membawa Razer Game Store masuk ke Malaysia. Sebelum ni untuk negara Asean, Razer Store cuma berada dekat negara Filipina, Singapore dan Thailand sahaja. Sekarang Malaysia pun dah join sekali!

Banyak game-game yang tengah sale sekarang, Antaranya korang boleh dapatkan For Honor Starter Editon untuk PC ataupun kalau korang nak mengimbau balik kenangan boleh dapatkan Bully: Scholarship Edition. Korang boleh usya official store dia di SINI.

Semasa Belanjawan 2019 dibentangkan awal bulan haritu, Kerajaan akan melaburkan RM10 juta untuk industri E-sport dan apa yang lagi menariknya, owner Razer iaitu Min-Liang Tan jugak ingin turut serta melaburkan RM10 juta juga untuk E-sport Malaysia.

Dengan penglibatan owner Razer ni, harap-harap akan lagi banyak jenama-jenama besar akan turut serta melabur untuk memantapkan lagi scene E-sport di Malaysia.

KataLaki: Harap-harap dengan pelaburan yang besar macam ni, janganlah ada isu songlap duit pulak ye!

Last modified: 14 November 2018