Razer Memperkenalkan Dua Wireless Gaming Mouse Terbaru!

Gadget, Tech

Pada minggu lepas, pihak Razer telah memperkenalkan dua wireless gaming mouse terbaru mereka bagi siri Basilisk. Dua gaming mouse tersebut adalah Razer Basilisk Ultimate dan juga Razer Basilisk X HyperSpeed.

Kedua-dua mouse ini dikatakan akan mempunyai feature Razer HyperSpeed, sebuah wireless technology yang mempunyai 25% kepantasan berbanding dengan mana-mana wireless gaming mouse daripada brand lain. Gaming mouse ini juga telah diuji oleh beberapa top Esports players bagi mengesahkan kepantasannya.

Gaming mouse terbaru daripada Razer ini juga mempunyai click latency yang rendah berbanding gaming mouse jenama lain. Jom kita tengok apa lagi benda yang menarik untuk kedua-dua wireless gaming mouse terbaru daripada Razer ini.

RAZER BASILISK ULTIMATE

Razer Basilisk Ultimate ini mempunyai Focus+ 20K DPI Optical Sensor yang sama seperti Razer Viper Ultimate. Selain itu, gaming mouse ini juga turut mempunyai highest sensor specification terbaru. Tidak dilupakan beberapa feature terbaru seperti Smart Tracking, Asymmetric Cut-Off dan juga Motion Sync untuk memberikan ketepatan tracking yang lebih bagus.

Switches yang digunakan untuk Razer Basilisk Ultimate adalah dari jenis Razer Optical Mouse Switches yang dikatakan tidak memerlukan physical contact untuk menghantar electrical signal kepada PC dan dalam masa yang sama mengurangkan debounce delay dan zero corrosive effects.

Razer Basilisk Ultimate ini membenarkan pengguna untuk mempunyai sehingga lima on-board profile bagi membolehkan pengguna menukar profile yang mereka ingin gunakan semudah yang mungkin. Tidak dilupakan dengan wireless power efficiency yang dinaik taraf, Razer Basilisk Ultimate ini mampu bertahan sehingga 100 jam dengan satu kali charge.

Gaming mouse ini mempunyai 11 programmable buttons termasuk multifunction pedal dengan extended control yang memboleh pengguna untuk switch antara game function dan setting dengan lebih pantas dan mudah.Razer Basilisk Ultimate ini akan dijual pada harga bermula USD149.99 sahaja.

RAZER BASILISK X HYPERSPEED

Razer Basilisk X HyperSpeed ini dikatakan akan mempunyai Razer HyperSpeed Wireless bagi memberikan wireless performance yang lebih pantas dan juga mempunyai 5G16,000 DPI Optical Sensor yang sama seperti Razer DeathAdder Elite.

Gaming mouse ini juga mempunyai feature dual-mode Razer HypeSpeed Wireless and Bluetooth connectivity. Pengguna boleh menukar kepada Bluetooth mode untuk extend penggunaan battery sehingga 450 jam, penggunaan battery tertinggi kalau nak dibandingkan dengan mana-mana gaming mouse yang ada dipasaran sekarang.

Terdapat 6 programmable buttons dan on-board DPI Storage, pengguna boleh menggunakan setting yang mereka selesa dimana saja tanpa perlu untuk install software. Razer Basilisk X HyperSpeed ini juga turut menggunakan Razer Mechanical Mouse switches dengan durability sehingga 50 juta klik. Gaming mouse ini akan dijual pada harga USD59.99 sahaja.

KATALAKI: Seksi betul Razer Basilisk Ultimate tu. Tergoda aku tengok!

Last modified: 13 November 2019