Razer Phone 2 Sudah Masuk Malaysia Bro!

Gadget, Tech

Walaupun Razer Phone sebelum ini tidak dijual di Malaysia, Razer nampaknya mendengar suara-suara peminat Razer dan akhirnya bersetuju untuk jual Razer Phone 2 di pasaran Malaysia. Dekat Setahun lebih jugaklah peminat Razer di Malaysia kena tunggu selepas keluarnya 1st Gen Razer Phone.

Berbeza daripada Razer Phone yang terdahulu, Razer Phone 2 nampaknya mempunyai ciri panel kaca dengan bingkai aluminium. Namun daripada segi reka bentuk, Razer Phone 2 nampak lebih kurang saja dengan Razer Phone 1st generation.

Razer Phone 2 didatangkan dengan display panel sebesar 5.7 inci IPS LCD dengan refresh rate 120Hz, Processor Snapdragon 845, 8GB RAM dan storage sebesar 64GB. Tengok refresh rate dia pun dah tahu mesti sedap bila tengah main mobile game!

Ramai yang tahu Razer Phone memang focus dekat gaming, disebabkan itu Razer Phone 2 ini didatangkan jugak dengan teknologi penyejukan wap, battery sebesar 4000mAh. Ianya juga disertakan dengan Qualcomm Quikcharge 4 yang membolehkan pengecasan dari 0% ke 50% dalam masa 30 minit!

Selain itu, Razer Phone 2 juga menyokong wireless charging dan dual speaker yang berada bahagian depan Razer Phone 2. Memang bunyi yang keluar daripada phone ni akan direct ke telinga koranglah cerita dia!

Untuk kamera pulak, Razer Phone 2 didatangkan dengan dual kamera belakang. Kamera sebesar 12MP untuk main and second camera. Untuk kamera hadapan pulak adalah 8MP. Kalau korang tengok dibahagian belakang Razer Phone 2 ini, Terdapat logo Razer yang disertakan dengan LED Razer Chroma, so lepas ni bukan keyboard dan mouse korang jelah yang ade LED effect.

Razer Phone 2 sudah mula dijual bermula hari ni. Ianya boleh didapatkan hampir di kesemua online store dan official dealer barangan Razer. Tak dilupakan Razer Phone 2 juga boleh didapatkan melalui syarikat telco terkemuka.

Kalau tengok daripada segi harga, Razer Phone 2 ini lebih kurang saja harga dia dengan Asus ROG Phone. Kalau korang, korang akan pilih Razer Phone 2 or Asus ROG Phone? 

KATALAKI: Pocophone lagi powerkan? Hehehe..

Last modified: 17 January 2019