Razer Tag Team Dengan Pokemon?

Game, Tech

Razer baru-baru ini telah mengumumkan satu kerjasama dengan Pokemon yang mana mereka telah mengeluarkan gaming peripheral dengan watak Pikachu. Terdapat 3 item yang akan dijual iaitu gaming keyboard, gaming mouse dan juga mouse pad.

Gaming keyboard versi Ornata ini dilihat sangat cantik dengan warna yang sangat kena dengan watak Pikachu. Terdapat beberapa kekunci pada keyboard ini yang membuatkan ia sangat comel contohnya pada kekunci ESC yang mempunyai logo Pokeball dan logo ekor Pikachu pada arrow key.

Tak ketinggalan kalau korang tengok dekat bahagian wrist pad magnetic dia, korang boleh nampak beberapa design Pikachu yang diletakkan disitu. Limited edition gaming keyboard daripada Razer ini akan dijual pada harga RMB599 iaitu lebih kurang dalam RM355.

Item yang kedua adalah gaming mouse versi DeathAdder yang berwarna kuning dan sedikit warna merah pada bahagian mouse wheel dan pada bahagian tepi mouse ini. Tak dilupakan pada bahagian atas gaming mouse ini ada logo ekor Pikachu yang akan bercahaya apabila digunakan. Comel wey!

Untuk mouse pad versi Goliathus ini pula mempunyai rekaan Pikachu yang besar pada bahagian tengah mouse pad. Tak dilupakan juga terdapat logo Razer dan logo Pokemon pada bahagian atas kanan mouse pad ini.

Image Via: https://quasarzone.co.kr

Untuk set gaming mouse dan mouse pad Razer X Pokemon limited edition ini akan dijual pada harga RMB399 ataupun lebih kurang dalam RM237 sahaja. Kesemua set ini sudah boleh dibeli di website Tmall bermula hari iniBuat masa ini set Razer X Pokemon ini hanya akan dijual pada pasaran China dan cuma boleh dibeli melalui website Tmall sahaja.

KATALAKI: Beli la untuk awek-awek korang yang minat pikachu tu kan?

Last modified: 22 October 2019