Reaksi Netizen Pasal Spanar Jaya X

Sembang

Kali pertama sitkom Spanar Jaya disiarkan kat NTV7 pada tahun 1999. Korang umur berapa masa tu? Sekolah lagi ke belum lahir? Tolak je 20 dengan umur korang sekarang ni. Kenapa 20? Sebab dah 20 tahun brader.

Sempena meraikan ulang tahun ke-20 Spanar Jaya ditayangkan kat TV, sekarang ni TV3 dah start tayangkan sitkom terbaru, Spanar Jaya X bermula 2 Februari 2019 hari tu, setiap Sabtu pukul 9 malam. Korang dah pernah tengok tak? Amacam? Lawak lagi tak macam Spanar Jaya yang dulu?

Kali ni Ahmad Idham ditugaskan sebagai pengarah dan berlakon juga dalam Spanar Jaya X bersama pelakon lain antaranya sudah pasti ada bro Opie Zami sebagai Mat Rock, Uqasha Senrose, Douglas Lim, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Kalau korang nak tengok setiap episod Spanar Jaya X kat YouTube pun ada gak kat YouTube channel TV3Malaysia Official.

Not bad gak views Spanar Jaya X kat YouTube setakat ni. Jom kita tengok sikit antara komen-komen netizen yang dah tengok Spanar Jaya X.

KATALAKI: Mat Rock ni memang tak pernah tua ke?

Last modified: 25 February 2019