Realme 2 Series, Mengancam!

Gadget, Tech

Realme merupakan sebuah sub jenama untuk brand Oppo telah mula dipasarkan di Malaysia. Minggu ini pihak Realme telah melancarkan 3 model terbaru iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1.

Dengan rekaan yang nampak premium dan kemas, tagline yang dibawa oleh Realme iaitu “Proud to Be Young” nampaknya sangat kena dengan citarasa golongan muda. Tidak dilupakan juga spesifikasi mantap yang terdapat kepada ketiga-tiga smartphone ini.

Realme 2 series telah dilancar terlebih dahulu di India dan Indonesia pada awal tahun ini. Di India, dalam 200,000 unit Realme 2 telah terjual dalam masa 5 minit dan 15,000 unit dalam masa 10 minit di Indonesia.

Realme 2

Smartphone pertama yang diperkenalkan pada minggu ini adalah Realme 2. Realme 2 menampilkan screen sebesar 6.2 inci dengan resolusi 1520 x 720.

Dengan rekaan belakang yang menggunakan 12 layer 2.5D nanoscale composite, membuatkan cover belakang Realme 2 mempunyai effect diamond apabila terkena cahaya.

Dengan bateri sebesar 4230mAh dan AI Power Master, membuatkan Realme 2 mampu bertahan sehingga 44 jam. Menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 450, pilihan 3GB RAM + 32GB ROM dan 4GB RAM + 64GB ROM membuatkan pengalaman bermain permainan mobile game berjalan dengan lancar.

Kamera belakang yang menggunakan dual camera 13MP + 2MP membuatkan gambar potrait dan effect bokeh yang nampak kemas dan lebih terang. Pada kamera hadapan pulak, Realme 2 meletak kamera 8MP yang mempunyai fungsi AI dikatakan dapat membezakan jantina untuk membezakan effect beauty.

Realme 2 akan terdapat dalam 2 warna iaitu Diamond Red dan Diamond Black.

Realme 2 Pro

Dengan menampilkan screen yang lebih besar dari Realme 2, Realme 2 Pro didatangkan dengan screen 6.3 inci dan screen-to-body ratio sehingga 90.8%.

Processor yang digunakan untuk Realme 2 Pro adalah Qualcomm Snapdragon 660 yang membolehkan penggunaan high-performance dengan penggunaan bateri yang rendah. Terdapat 3 versi untuk Realme 2 Pro iaitu 4GB RAM + 64GB ROM, 6GB RAM + 64GB ROM dan 8GB RAM + 128GB ROM.

Bateri sebesar 3500mAh dan dilengkapi dengan fungsi AI sleep mode yang mampu mengesan corak penggunaan pengguna dan mengaktifkan power saving yang berbeza mengikut situasi membuat penguna dapat mengunakan Realme 2 Pro dengan lebih lama.

Realme 2 Pro menggunakan 16MP + 2MP dual kamera dibelakang dan 16MP untuk kamera hadapan. Realme 2 Pro jugak menampilkan AI beauty terbaru yang mana mampu mengesan 296 facial identification point.

Terdapat 2 warna untuk Realme 2 Pro iaitu warna Black Sea dan Ice Lake.

Realme C1 – Model Entry Level Paling Murah!

Realme tidak melupakan penguna-penguna entry level mereka dan telah memperkenalkan Realme C1.

Dengan screen sebesar 6.2 inci Full HD display dan screen to-body ratio sehingga 88%. Bateri yang agak besar berbanding Realme 2 dan Realme 2 Pro iaitu sebesar 4230mAh.

Dual camera 13MP + 2MP untuk kamera belakang dan 5MP untuk kamera hadapan. Rekaan untuk Realme C1 nampak lebih sleek dengan outer panel dari 12 layer Corning Gorilla Glass. Dengan glossy design membuatkan belakang Realme C1 memberikan effect pantulan cahaya.

Realme C1 didatangkan dengan 2 warna iaitu warna Navy Blue dan Mirror Black.

Realme 2 akan mula dijual pada 24 November dengan harga RM599 untuk 3GB + 32 GB dan RM699 untuk 4GB + 64GB. Manakala untuk Realme 2 Pro pulak akan dijual secara exclusive pada 11 Nov sempena jualan siber 11/11 dengan harga RM799 untuk 4GB + 64GB, RM899 untuk 6GB + 64GB dan RM999 untuk 8GB + 128GB. Untuk Realme C1 pulak akan dijual secara exclusive pada harga RM399 sahaja.

KATALAKI: Aku dah cakap dah, Lepas ni akan banyak lagi smartphone rakyat marhaen akan keluar dekat market!

Last modified: 9 November 2018