Realme 5 Pro – Serba-Serbi Mantap Bro!

Gadget, Tech

Setelah diperkenalkan pada pasaran India pada bulan lepas, pihak Realme akhirnya telah membawa Realme 5 Pro ke pasaran Malaysia. Smartphone ini sememangnya telah ditunggu-tunggu oleh peminat smartphone Realme disebabkan spec dan harga yang ditawarkan.

Pihak TheLaki berasa berbesar hati sebab pihak Realme telah memberikan smartphone Realme 5 Pro ini kepada kitorang sebulan lebih awal untuk kitorang review dan merasakan sendiri performance yang terdapat pada smartphone terbaru Realme 5 Pro ini.

Realme 5 Pro ini dilihat membawa design terbaru untuk body belakangnya yang dipanggil sebagai Crystal Design. Rekaannya nampak sangat cantik dan warna yang ditawarkan untuk smartphone ini juga sangat menarik. Untuk Realme 5 Pro, terdapat dua warna iaitu Crystal Green dan juga Crystal Blue.

Design dia memang buat aku terpukau. Realme sememangnya tidak pernah mengecewakan aku kalau daripada segi design dia. Crystal Design dengan warna Crystal Green sememangnya adalah satu design yang sangat-sangat cantik bagi aku.

Untuk bahagian screen, smartphone Realme 5 Pro ini mempunyai screen sebesar 6.3 inci FullHD+ dengan 90.8% screen-to-body ratio. Pada bahagian hadapan korang boleh lihat Realme meletakkan notch dengan design Dewdrop pada smartphone Realme 5 Pro ini.

Dengan screen yang besar, aku memang sangat puas untuk melihat video dan tak dilupakan bila aku menggunakan smartphone Realme 5 Pro ini untuk bermain permainan video.

Untuk bahagian spec, Realme 5 Pro meletakkan Qualcomm Snapdragon 712. Jika di India terdapat beberapa variasi daripada segi RAM dan Storage namun untuk pasaran Malaysia, pihak Realme cuma menawarkan 8GB RAM dan 128GB Storage sahaja.

Smartphone Realme 5 Pro ini juga mempunyai satu feature khas untuk para gamer yang dipanggil sebagai Hyperboost 2.0. Hyperboost 2.0 ini mempunyai 2 ciri tambahan yang dipanggil sebagai Frame Boost dan juga Touch Boost bagi memastikan gameplay korang sentiasa lancar dan Esports ready!

Untuk bahagian operating system, smartphone Realme 5 Pro ini menggunakan ColorOS 6.0 yang berpandukan kepada Android Pie. Battery yang diletakkan pada smartphone Realme 5 Pro ini juga dilihat agak besar iaitu sebesar 4,035mAh dan tak dilupakan smartphone ini juga mempunyai feature VOOC 3.0 Flash Charge.

Dengan VOOC 3.0 Flash Charge, ia akan menggunakan voltage pada kadar rendah dengan high current mode untuk memastikan smartphone Realme 5 Pro ini mempunyai charging speed yang pantas sambil memastikan haba pada  adapter dan pada smartphone ini tidak terlalu panas.

Sekarang kita masuk pada bahagian camera. Untuk kali pertamanya smartphone Realme akan dilengkapi dengan Quad Rear Camera Setup. Terdapat empat camera pada bahagian belakang smartphone Realme 5 Pro ini dan satu camera hadapan.

Untuk main camera ia akan dilengkapi dengan lens sebesar 48 Megapixel. Selain itu ia turut mempunyai lens sebesar 8 Megapixel Wide-Angle, 2 Megapixel Macro Lens dan 2 Megapixel untuk Portrait Mode. Untuk camera hadapan pula ia menggunakan lens sebesar 16 Megapixel dengan fungsi AI Beautification.

Gambar-gambar yang yang dihasilkan oleh Realme 5 Pro ini boleh dikatakan agak cantik dan kena dengan harga yang dorang tawarkan. Korang tengok saja contoh gambar yang aku dah snap dekat atas ni dengan menggunakan camera smartphone Realme 5 Pro.

Smartphone Realme 5 Pro ini akan mula dijual secara exclusive di Lazada pada 10 Oktober 2019 bermula jam 10 pagi pada harga yang sangat rendah iaitu RM1,099 sahaja. Korang juga boleh preorder smartphone ini di Offical Store Realme di Lazada bermula hari ini dan korang akan mendapat satu Alan Walker Realme Buds Wireless secara percuma! Bagi yang berminat, korang boleh preorder di SINI!

KATALAKI: Mantap ni bro!

Last modified: 4 October 2019