Realme C1 – Smartphone Terbaik 2018?

Gadget, Tech

Minggu lepas aku baru saja keluarkan satu video untuk Realme 2 Pro. Korang pun dah dah tengok video tu dan tahu tahap mana quality smartphone jenama Realme ni kan? Tapi hari ni aku nak cerita sikit tentang satu lagi smartphone dorang yang diberi nama Realme C1.

Ada Apa Dengan Realme C1?

Terbaik sangat ke? Entry smartphone je pun. Kalau sekali pandang smartphone ni aku berani jamin dalam kepala korang mesti “eh ni entry smartphone ke ni?” Sebab kalau korang tengok sekali imbas tak nampak macam smartphone murah weyy!

Benda yang akan buat korang lagi terkejut is harga dia. Smartphone Realme C1 ni harga dia bawah RM500 je weyy! Mana lagi korang nak cari entry smartphone harga macam ni. Samsung J7 pun harga dalam RM800+ kot!

Ok harga dah ngam. Sekarang tengok pulak spec dia. Smartphone Realme C1 didatangkan dengan screen sebesar 6.20 inci dan mempunyai screen-to-body ratio sebesar 88.8%. Ketebalan Realme C1 ini agak tebal juga dengan saiz sebesar 2.05mm.

Body yang diperbuat dari fiber glass membuatkan smartphone Realme C1 ni tak nampak macam sebijik phone murah. Kira dari segi build quality dia still nampak premium lah berbanding entry smartphone jenama lain. Terdapat 2 warna yang korang boleh pilih iaitu Mirror Black dan jugak Navy Blue.

Untuk processor pula, Realme C1 menggunakan processor Snapdragon 450 chipset yang merupakan chipset terbaru yang dikeluarkan oleh Qualcomm yang mana ianya memang direka untuk midrange smartphone.

Realme C1 juga didatangkan dengan GPU Adreno 506, 2GB RAM dan 16GB Memory. Walaupun storage dia nampak kecik sangat tapi korang kena paham yang ni just entry smartphone dan kena tengok juga berapa je harga dia kan? Plus kalau korang perlukan storage yang lagi besar, korang boleh beli memory card tambahan sehingga 256GB.

Untuk bahagian kamera pulak, Realme C1 menggunakan dual rear camera dengan 13MP sebagai kamera utama dan 2MP sebagai secondary camera. Untuk kamera hadapan pulak, Realme meletak 5MP sebagai kamera hadapan untuk Realme C1 ni.

Yang membuatkan smartphone Realme C1 ni lagi mantop adalah saiz battery dia. Untuk Realme C1 ni, pihak Realme meletakan battery sebesar 4230mAh! besar tu wey!

Bagi bahagian security pulak, Realme C1 tidak didatangkan dengan fingerprint scanner yelah sebab macam aku cakap selalulah, untuk dapatkan smartphone budget tapi berbaloi mesti brandbrand ni kena korban some feature untuk dapatkan harga yang terbaik kepada customer. Tapi korang tak perlu risau sebab Realme C1 tetap didatangkan dengan Face Unlock.

Bagi aku smartphone entry memang sangat berbaloi untuk dibeli. Memang ngam kalau korang beli untuk adik-adik korang yang still sekolah lagi or untuk mak dan ayah korang yang baru nak belajar guna smartphone.

KATALAKI: Sorry guys, Aku dah try cari Realme C1 so aku boleh buat video review and giveaway tapi sayangnya stok tengah takda sekarang 🙁

Last modified: 19 December 2018