Realme Keluarkan Smartphone Baru Lagi?!

Gadget, Tech

REALME 5S

Rasanya tak sampai sebulan lagi Realme memperkenalkan Realme X2 Pro untuk peminat-peminat mereka di Malaysia dan pada minggu ini, pihak Realme sekali lagi memperkenalkan sebuah lagi smartphone terbaru mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Realme 5S.

So apa yang menariknya dengan Realme 5S ini dan apa bezanya dengan smartphone yang dorang keluarkan sebelum ini iaitu Realme 5 yang mana turut dikeluarkan pada tahun ini iaitu pada bulan Oktober yang lepas? Adakah ianya lebih bagus? Apa-apa pun mari kita check out spec untuk Realme 5S ini terdahulu.

Bagi aku, spec untuk Realme 5S ini tiada beza dengan Realme 5 yang dikeluarkan sebelum ini. Ia mempunyai screen sebesar 6.5 inci IPS LCD. Ia mempunyai screen-to-body ratio lebih kurang dalam 89% sahaja. Untuk bahagian processor, ia menggunakan processor yang sama dengan Realme 5 iaitu Snapdragon 665 dan mempunyai 4GB RAM dan storage sebesar 128GB. Korang boleh expand storage sehingga 256GB menggunakan microSD kalau korang rasa korang perlukan storage yang lebih besar.

Kalau kedua-dua smartphone ini mempunyai spec yang sama, so dekat mana kelebihan Realme 5S ini? Well apa yang aku boleh nampak adalah Realme 5S mempunyai kelebihan daripada segi camera. Untuk Realme 5S, ia mempunyai quad rear camera setup yang mana meletakkan lens sebesar 48 megapixel sebagai main camera, 8 megapixel ultra wide lens, 2 megapixel macro lens dan 2 megapixel depth lens.

Manakala untuk camera hadapan pula, Realme 5S menggunakan lens sebesar 13 megapixel. Berbeza dengan Realme 5, ia menggunakan quad rear camera setup sebesar 12 megapixel sebagai main camera, 8 megapixel wide lens, 2 megapixel bokeh dan 2 megapixel macro lens. Untuk camera hadapan pula ia menggunakan lens yang sama iaitu 13 megapixel. Untuk harga jualan, harganya sama seperti Realme 5 semasa ia mula diperkenalkan dahulu iaitu RM799.

REALME BUDS AIR

Baru-baru ini juga, pihak Realme ada memperkenalkan wireless earbud mereka yang diberi nama Realme Buds Air. Earbud yang mempunyai ciri True Wireless Stereo (TWS) ini boleh dikatakan agak sama dengan rekaan Apple Airpods. bukan sahaja design earbud nampak sama, bekas pengecas untuk Realme Buds Air ini juga serupa seperti Apple Airpods!

Antara ciri unik yang terdapat pada Realme Buds Air ini adalah ia menggunakan 12mm bass boost driver dan boleh disambungkan dengan mana-mana peranti dengan mudah menggunakan Bluetooth 5.0. Pengguna hanya perlu membuka penutup Realme Buds Air ini dan ia akan terus sambung ke peranti pengguna.

Setakat hari ini ini, tiada banyak info yang dapat diketahui tentang Realme Buds Air ini. Pihak Realme cuma menyatakan ia akan mula dijual pada 17 Disember 2019 ini dan akan terdapat tiga warna iaitu warna Black, white dan Yellow. Harga untuk Realme Buds Air ini adalah INR4,000 untuk pasaran India.

KATALAKI: Aku rasa semua peminat Realme akan beli Realme X2 Pro buat masa ni.

Last modified: 16 December 2019