Realme XT – 64 Megapixel Quad Camera Pertama Dari Realme Kini Di Malaysia!

Gadget, Tech

Setelah hampir sebulan dilancarkan di India, akhirnya pihak Realme telah membawakan Realme XT ke pasaran Malaysia. Smartphone ini telah menjadi idaman peminat-peminat Realme di Malaysia sejak ia mula diperkenalkan di India pada bulan September yang lepas. Apa yang menarik sangat dengan Realme XT ini?

Untuk bahagian spec, Realme XT dikuasakan dengan Snapdragon 712 AIE dengan 8GB RAM dan 128GB Storage. Ia mempunyai screen sebesar 6.4 inci Samsung Super AMOLED display dan screen-to-body ratio sebesar 91.9%. Tak dilupakan Realme XT menggunakan Corning Gorilla Glass 5 untuk memberikan perlindungan yang mantap pada Realme XT ini.

Design untuk Realme XT ini juga nampak agak lawa yang mana Realme menggunakan rekaan Hyperbola Design  dengan 3D Glass pada bahagian belakang smartphone ini. Realme XT ini menggunakan battery sebesar 4,000mAh  dan mempunyai feature VOOC Flash Charge 3.0 dengan 20W Adapter. Battery untuk Realme XT ini nampaknya lebih kecil sedikit berbanding battery yang digunakan pada Realme 5 Pro.

Untuk Realme XT, pihak Realme telah menggunakan In-Display Fingerprint Goodix Latest G3. Bagi bahagian Operating System pula, Realme XT masih menggunakan ColorOS6 sama seperti Realme 5 Pro yang mana berpandukan kepada Android Pie.

Terdapat dua warna yang dikeluarkan untuk Realme XT ini. Warna yang pertama adalah Pearl Blue dan yang kedua adalah Pearl White. Aku jarang nak suka barang-barang atau gadjet yang berwarna putih tapi Realme XT Pearl White ini memang mengancam bro!

Realme XT akan mula dijual dipasaran bermula pada 9 November 2019 ini dengan harga RM1,399 sahaja manakala untuk online sale, Realme akan bekerjasama dengan Lazada untuk 11.11 Sale dan korang boleh order smartphone ini di Lazada bermula 11 November 2019 nanti. Bagi yang berminat, korang bolehlah klik di SINI sebelum stok habis.

THELAKI: Ramai peminat yang akan skip Realme XT dan menunggu Realme X2 Pro. Korang macam mana?

Last modified: 31 October 2019