Red Dead Online Beta Start Malam Ni Bro!

Game, Tech

Akhirnya! setelah sebulan menunggu, Rockstar telah pun mengumumkan yang Red Dead Online boleh mula dimain bermula hari ini!

Red Dead Online ini masih didalam beta jadi kemungkinan untuk masalah seperti tak boleh masuk server or loading yang terlalu lama akan ada masa beta ini berjalan. Tetapi nampaknya Rockstar paham akan masalah ini dan mengambil keputusan untuk membuat beta dalam kumpulan.

Maksudnya mereka yang mempunyai game Red Dead Redemption 2 akan berpeluang untuk bermain Red Dead Online tapi dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bagi mereka yang beli Red Dead Redemption 2: Ultimate Edition, mereka merupakan orang pertama yang dapat mencuba Red Dead Online bermula hari ni tepat jam 9.30 malam.

Bagi mereka start bermain Red Dead Redemption 2 pada tarikh pelancaran (26 Oct) akan dapat bermain Red Dead Online bermula 28 Nov 2018. Pada 29 Nov pulak, mereka yang mula bermain Red Dead Redemption 2 pada 3 hari selepas pelancaran (26-29 Oct) korang akan dapat bermain Red Dead Online pada hari tersebut.

Akhir sekali, Pada 30 Nov 2018 Red Dead Online Beta akan dibuka kepada semua mereka yang mempunyai game Red Dead Redemption 2 walaupun korang baru beli semalam game ni.

Menurut Rockstar, Red Dead Online ini akan membawa sesuatu yang baru kepada pemain. Korang akan dapat bermain secara solo ataupun secara multiplayer di dalam Red Dead Online ini.

Apa yang buat aku rasa lagi syok, bila Rockstar bagi tahu yang korang akan dapat create dan customize character mengikut selera korang sendiri!

Korang jugak dapat bergabung dengan 7 orang kawan korang yang lain untuk membuat geng koboi korang sendiri! inilah masanya korang nak pergi memburu, merompak bank, dan juga dapat berlawan dengan genggeng lain wey!

Tapi ingin aku ingatkan dekat sini, buat masa ni Red Dead Online cuma untuk konsol PS4 dan Xbox One sahaja. Geng PC kena tunggu dululah ye memandangkan game Red Dead Redemption 2 pun tak keluar dekat PC lagi hahaha!

KATALAKI: Geng PC jangan sedih ye hehe

Last modified: 27 November 2018