Red Dead Redemption 2 – 5 Benda Korang Perlu Tahu Sebelum Beli

Game, Sembang

Red Dead Redemption 2 adalah game terbaru yang dikeluarkan oleh Rockstar Games selepas 8 tahun kita disajikan dengan Red Dead Redemption. Ianya merupakan permainan video ketiga dalam siri Red Dead selepas Red Dead Revolver dan Red Dead Redemption.

Berkisahkan tentang Arthur Morgan, seorang penjenayah dan ahli Van der Linde Gang yang diketuai oleh Dutch Van der Linde. Red Dead Redemption 2 membawa pemain didalam open world yang bertemakan western life pada tahun 1899.

Hari ni kitorang nak share dengan korang 7 bende yang korang perlu tahu sebelum korang beli Red Dead Redemption 2.

 

PREQUEL, BUKAN SEQUEL

Macam yang kitorang bagi tahu tadi, Red Dead Redemption 2 bermula pada tahun 1899, 12 tahun sebelum bermulanya Red Dead Redemption dan 19 tahun selepas Red Dead Revolver.

Walaupun Red Dead Redemption 2 adalah prequel, Banyak watak-watak dalam Red Dead Redemption yang muncul didalamnya termasuk watak utama Red Dead Redemption iaitu John Marston yang juga merupakan ahli kumpulan Van der Linde Gang.

 

KUDAKU LARI, GAGAH BERANI!

Didalam Red Dead Redemption 2, Kuda korang merupakan benda penting yang perlu korang jaga dan tatang bagai minyak yang penuh. Korang perlu pastikan korang beri cukup makan, brushing, dan belai kuda korang supaya bonding korang akan meningkat.

Bila bonding korang meningkat, kuda korang akan level up membuatkan nyawa dan stamina dia jugak meningkat. Korang jugak akan unlock special abilities bila kuda korang level up seperti rearing dan keupayaan untuk memanggil kuda korang dari jauh.

Korang jugak perlu tahu yang andai kuda korang mati, dia akan terus mati (permadeath) dan tidak akan di hidupkan balik. Maksudnya korang kene cari or beli kuda baru, kuatkan bonding dan naikkan balik level dia.


FESYEN MESTI KENE DENGAN TEMPAT

Yes, permakaian korang jugak memainkan peranan penting dalam Red Dead Redemption 2. Musim dan keadaan sekeliling akan berubah-rubah dari musim sejuk ke musim panas.

Jadi korang kena ada baju yang sesuai untuk setiap musim kalau tak karakter punya stamina akan menurun dengan cepat.

Korang boleh simpan outfit extra dekat kuda korang supaya korang sentiasa bersiap-sedia setiap musim.


NO MORE SENAPANG DALAM POKET SELUAR!

Berbeza dengan permainan video open world yang pernah dikeluarkan oleh Rockstar Game sebelum ini seperti Grand Thief Auto 5, Didalam Red Dead Redemption 2 korang cuma boleh membawa beberapa senjata saja dalam satu-satu masa.

Korang cuma boleh bawa 2 jenis sidearm dan 2 jenis rifles sahaja. Senjata korang pula akan disimpan dekat kuda korang dan perlu ambik sendiri bila korang perlukan. Ini membuatkan Red Dead Redemption 2 nampak dan rasa lebih realistik berbanding permainan video lain.

Tapi korang tak perlu risau, senjata melee seperti pisau akan sentiasa ada disisi korang andai kata korang terlupa nak ambik senjata api lebih dekat kuda korang.


SEMUA AHLI KENE BEKERJASAMA

Didalam Red Dead Redemption 2, Korang dan ahli kumpulan korang akan tiba dan menetap disatu tempat yang baru. Korang perlu membina balik penempatan korang dan memerlukan korang membuat beberapa mission untuk memastikan semua orang hidup dengan selesa.

Korang boleh derma duit yang korang ada didalam tabung camp korang supaya korang upgrade camp dan korang juga boleh menderma makanan so ahli-ahli kumpulan korang tak kelaparan.

Selepas korang mula menderma, ahli-ahli kumpulan lain jugak akan menderma sama. Baru betul berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Tak dinafikan Red Dead Redemption 2 mungkin boleh dinobatkan sebagai Best Game 2018. Aku sendiri yang tak pernah main Red Dead punya siri pun terus kecundang untuk beli selepas tengok review dan gameplay yang orang ramai kongsikan.

Walaupun baru main 48 jam, Aku yakin untuk letakkan dia dalam senarai top game 2018 aku bersama-sama Monster Hunter World, God of War dan Spiderman.

KATALAKI: Lupa nak bagitahu, pastikan korang ada memori yang cukup dalam PS4 korang ye sebab game ni memerlukan memori sebanyak 105GB untuk install!

Last modified: 2 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *