Red Dead Redemption 2 Confirm Masuk PC Tahun Ini!

Game, Tech

Rockstar akhirnya mengeluarkan berita gembira bagi PC gamers yang telah terlalu lama menunggu permainan video Red Dead Redemption 2 untuk dikeluarkan untuk PC. Menurut laporan daripada Rockstar sendiri, permainan video ini bakal menemui PC gamers pada 5 November 2019!

Selain itu, pihak Rockstar memberitahu yang peminat yang pre-purchase permainan video Red Dead Redemption 2 ini melalui Rockstar Games Launcher akan menerima pelbagai special bonus. Korang boleh mula pre-purchase permainan video ini bermula 9 Oktober 2019.

Rockstar turut memberitahu, disebabkan ini merupakan permainan video pertama yang dibawa ke PC untuk siri Red Dead Redemption, akan terdapat beberapa enhancement dan new story mode content khas untuk PC. Ini termasuklah beberapa content baru seperti new Bounty Hunting Missions, Gang Hideouts, Weapons dan lain-lain.

Selepas korang sudah habis main story mode nanti, korang boleh terus melompat masuk ke Red Dead Online tanpa perlu menunggu lama. Untuk Red Dead Online juga terdapat beberapa penambahan content seperti Frontier Pursuit dan juga beberapa roles unik yang boleh dipilih oleh pemain seperti Bounty Hunter, Trader dan juga Collector.

Bagi korang yang pre-purchase Red Dead Redemption 2 ini melalui Rockstar Games Launcher bermula 9 Oktober 2019, korang layak untuk menerima dua permainan video secara percuma daripada Rockstar. Antara games yang korang boleh pilih adalah GTA III, GTA: Vice City, GTA: San Andreas, Bully: Scholarship Edition, L.A Noire: The Complete Edition dan juga Max Payne 3: The Complete Edition.

Tak dilupakan, Rockstar akan turut memberikan beberapa content percuma untuk Red Dead Redemption 2 bagi mereka yang prepurchase. Antaranya adalah Outlaw Survival Kit for Story Mode, War Horse for Story Mode, Treasure Map for Story Mode, Cash Bonus for Story Mode dan juga 50 Gold Bars for Red Dead Online.

Untuk platform lain seperti Epic Games Store, Greenman Gaming, Humble Store, Gamestop dan digital retailer yang lain, ia cuma boleh di pra-tempah bermula 23 Oktober dan korang akan dapat 25 Gold Bars secara percuma untuk Red Dead Online. Bagi Steam pula nampaknya ia akan dikeluarkan agak lambat iaitu pada bulan Disember 2019. Tak dilupakan Red Dead Redemption 2 juga akan dikeluarkan di Google Stadia sebagai launch title pada bulan November 2019.

KATALAKI: Akhirnya dapat juga PC gamer main Red Dead Redemption 2 walaupun console gamer sudah berbulan habiskan game ni hahahah!

Last modified: 11 October 2019