Red Dead Redemption 2 Sapu 5 Anugerah!

Sembang

Hari ini telah berlangsungnya acara The Game Awards yang mana merupakan salah satu event terbesar dalam dunia gaming. Dalam acara ini, kita dapat menyaksikan game tahun 2018 yang manakah yang bakal merangkul anugerah Game of the Year.

Dalam The Game Awards tahun ini nampaknya game terbaru dari Rockstar iaitu Red Dead Redemption 2 yang baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan yang lepas telah berjaya merangkul 5 anugerah dan merupakan game yang terbanyak memenangi anugerah pada The Game Award 2018 ini.

Antara anugerah yang dimenangi oleh Red Dead Redemption 2 adalah Best Audio Design, Best Score/Music, Best Art Direction dan Best Narrative. Satu lagi anugerah yang dimenangi bagi Red Dead Redemption 2 adalah melalui voice actor bagi watak Arthur Morgan iaitu Roger Clark yang memenangi anugerah Best Performance.

Walaupun begitu, Red Dead Redemption 2 tidak memenangi anugerah Game of the Year. Pemenang anugerah Game of the Year untuk tahun ini telah dimenangi oleh God of War dari SIE Santa Monica Studio.

God of War juga merupakan game kedua terbanyak membawa pulang anugerah pada The Game Award 2018 dengan 3 anugerah seperti Best Action/Adventure Game, Best Game Direction dan jugak anugerah paling besar iaitu Game of the Year.

The Game Award turut jugak memberi anugerah bagi scene Esport. Antara anugerah yang diberi adalah seperti dibawah :

BEST ESPORT MOMENT: C9 COMEBACK WIN IN TRIPLE OT VS FAZE (ELEAGUE)

BEST ESPORT HOST: ANDERSBLUMEEEFJE “SJOKZ” DEPOORTERE

BEST ESPORT EVENT: LEAGUE OF LEGENDS WORLD CHAMPIONSHIP

BEST ESPORT COACH: BOK “REAPERED” HAN-GYU (CLOUD9)

BEST ESPORT TEAM: CLOUD9 (LOL)

BEST ESPORT PLAYER: DOMINIQUE “SONICFOX” MCLEAN (ECHO FOX)

BEST ESPORT GAME: OVERWATCH

KATALAKI: Kecewa jugaklah Red Dead Redemption 2 tak menang Game of the Year, tapi God of War menang so ok lagilah.

Last modified: 9 December 2018