REDMI GO – Smartphone Bawah RM400

Gadget, Tech

Baru-baru ini Redmi, sebuah sub-brand daripada Xiaomi telah mengeluarkan sebuah entrylevel smartphone yang diberi nama Redmi Go. Smartphone yang yang didatangkan dengan harga bawah RM300 ini dikatakan akan dikeluarkan pada tahun ini.

Redmi Go ini didatangkan dengan entry-level Qualcomm Snapdragon 425 processor, 1GB RAM dan memory sebesar 8GB. Korang still boleh expand memory dia menggunakan MicroSD card sehingga 16GB.

Screen display untuk Redmi Go ini cuma sebesar 5 inci sahaja dengan resolusi sebesar 720p. Bagi bahagian kamera pula, kamera belakang untuk Redmi Go ini adalah sebesar 8 Megapixel dan kamera hadapan adalah sebesar 5 Megapixel. Battery pula cuma sebesar 3000mAh.

Kalau korang tengok daripada bahagian spec untuk Redmi Go ni, ianya bukanlah sebuah smartphone yang sesuai digunakan sebagai peranti utama pada zaman sekarang ini kecuali kalau korang memang tengah mencari sebuah smartphone yang simple ataupun sebagai second smartphone.

Untuk operating system pun, Redmi Go ini cuma dilengkapi dengan Android 8.1 Oreo (Go Edition) sahaja. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Realme C1, sebuah smartphone entry level dibawah brand Realme (sub-brand OPPO), aku rasa Realme C1 lagi berbaloi.

Harga pun lebih kurang sahaja tapi spec untuk Realme C1 ini lebih bagus daripada Redmi Go. Screen yang lebih besar dan battery dia pun lebih besar. Senang cerita kalau korang tengah cari entry level smartphone, better beli Realme C1!

KATALAKI: Bos cakap #BaikBeliPoco hahaha!

Last modified: 10 February 2019