Rekaan Kasut Paling Cun Dari Malaysia Untuk Takluk Asia

Sembang

Malaysia ni memang ada kehebatan tersendiri kalau melibatkan undian secara online. Satu negara boleh bersatu untuk membuktikan Malaysia mampu bersaing di mata dunia. Sebab tu gak la Faiz Subri berjaya menerima undian tertinggi untuk menang anugerah Puskas FIFA pada tahun 2016.

Tapi undian yang kami nak ceritakan ni bukan pasal bola, tapi pasal kasut yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, berjiwa kreatif mengolahkan idea dan imaginasi masing-masing kepada sebuah kasut menerusi Global Custom Culture 2019, dianjurkan oleh Vans.

Image Via : youtube.com/Vans

Lebih daripada 150 penyertaan yang dihantar dari Malaysia untuk menjadi pemenang dari Asia dan merebut hadiah wang tunai bernilai 25,000 USD, kasut tersebut dihasilkan dan dipasarkan oleh Vans dan melawat ibu pejabat Vans yang terletak di Southern California, Amerika Syarikat.

Ini perjalanan Vans Global Custom Culture 2019 yang dah pun bermula sejak 5 September 2019 dan pemenang akan diumumkan pada 19 Disember 2019.

Rekaan grafik kasut Vans yang berjaya mengumpul undian tertinggi akan diadili oleh 4 orang juri yang telah pun dilantik untuk menentukan rekaan mana yang layak masuk ke pusingan Top 10 Advance. Negara Asia lain yang turut terlibat dalam Vans Global Custom Culture 2019 ialah Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

KATALAKI: Tunggu apa lagi tu kawan-kawan. Korang boleh undi rekaan kasut yang cun-melecun dicipta oleh rakyat Malaysia kat sini.

Last modified: 7 October 2019