Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi Liga Super 2019

Aktif, Bola

Dah settle international break, minggu ni saingan Liga Super kembali untuk pusingan minggu ke-7, pada 29 dan 30 Mac 2019. Jadual perlawanan boleh tengok kat bawah ni.

Setakat ni JDT masih lagi berada di puncak Liga Super, beza 2 mata dengan Pahang yang berada di tempat ke-2. Kuala Lumpur nampaknya masih lagi belum berjaya dapat 1 mata dengan 5 kekalahan berturut-turut.

Image Via : Kuala Lumpur Hawks

Yusri Che Lah dah letak jawatan sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur. Sekarang ni, penolong jurulatih, Chong Yee Fatt yang akan membimbing pasukan Kuala lumpur sementara KLFA tengah mencari pengganti Yusri Che Lah. Kedudukan terkini pasukan-pasukan Liga Super yang terkini setakat 6 perlawanan, boleh usha kat bawah.

Baru-baru ni, Malaysian Football League ada keluarkan rekod kehadiran penonton di stadium dalam perlawanan Liga Super setakat 6 perlawanan sebelum ni. Korang rasa match mana satu yang berjaya catat paling ramai penonton turun ke stadium? Jom kita tengok.

Dua perlawanan derby Liga Super antara perlawanan yang berjaya menarik paling ramai penonton untuk datang ke stadium antaranya Pantai Timur Derby, Pahang menentang Terengganu pada 9 Februari 2019 di Stadium Darul Makmur dan Utara Derby, Perak menentang Kedah pada 8 Februari 2019 di Stadium Perak.

Image Via : Pahang FA

KATALAKI: Piala FA pusingan kedua akan start pada 2 & 3 April 2019 ni.

Last modified: 28 March 2019