Rekod MENGGILA Sergio Aguero

Aktif, Bola

Legenda Manchester City yang akan berusia 32 tahun pada 2 Jun 2020, Sergio Aguero sekali lagi mencipta rekod baru dalam perlawanan menentang Aston Villa pada 13 Januari 2020. Bukan satu rekod, tapi dua rekod yang berjaya dicipta oleh Sergio Aguero dalam satu perlawanan.

Kini, Sergio Aguero merupakan pemain bukan berasal dari England yang paling banyak menjaringkan gol di Premier League dengan jumlah jaringan sebanyak 177 gol setakat ni, memusnahkan rekod yang dipegang oleh Thierry Henry sebelum ni.

Tak cukup dengan tu, Sergio Aguero juga berjaya menewaskan rekod yang pernah dipegang oleh Alan Shearer sebelum ni, penjaring gol hat-trick paling banyak di Premier League, selepas menjaringkan gol hat-trick ke-12 sepanjang kariernya bersama Manchester City di Premier League.

Kali pertama Sergio Aguero menjejakkan kaki di Premier League adalah pada tahun 2011 ketika berumur 23 tahun selepas dibeli oleh Manchester City daripada Atletico Madrid. Musim pertama di Manchester City, Sergio Aguero berjaya memberi impak besar bukan je kepada Manchester City, tapi juga kepada penyokong Manchester City dan Premier League selepas menjaringkan gol penting di saat akhir dalam perlawanan menentang pasukan Queens Park Rangers untuk membolehkan Manchester City menjulang piala Premier League pertama kali dalam sejarah, menewaskan Manchester United yang berada di tempat ke-2 dengan perbezaan gol.

Setakat ni, Sergio Aguero dah pernah menang 12 piala bersama Manchester City antaranya juara Premier League sebanyak 4 kali, juara EFL Cup sebanyak 4 kali, juara FA Community Shield sebanyak 3 kali dan FA Cup sekali.

 

View this post on Instagram

 

Community Shield – Carabao Cup – Premier League – FA Cup – 2018/2019 ! Manchester City 🤟🏽

A post shared by Sergio Leonel Agüero (@kunaguero) on

Rekod lain yang masih lagi dipegang oleh Sergio Aguero buat masa ni adalah penjaring gol terbanyak dalam sejarah Manchester City, dengan jumlah jaringan sebanyak 249 gol.

Sergio Aguero juga merupakan bekas menantu kepada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan merupakan kawan baik atau roommate kepada Lionel Messi jika beraksi bersama pasukan kebangsaan Argentina. Kalau korang perasan, Sergio Aguero menggunakan nama Kun Aguero dibelakang jersi setiap pasukan yang diwakilinya. Kun tu berasal daripada sebuah anime daripada Jepun yang dikenali sebagai Kum-Kum, merupakan anime paling disukai oleh Sergio Aguero masa zaman kanak-kanak.

 

View this post on Instagram

 

Te quiero pa !! 🤙🏽 #felizcumpleaños

A post shared by Sergio Leonel Agüero (@kunaguero) on

KATALAKI: Rasanya Sergio Aguero boleh lagi beraksi di tahap tertinggi sehingga umur mencecah 34 tahun. Masa tu mungkin Manchester City dah merasa menang UEFA Champions League?

Last modified: 13 January 2020