Hari tu baru je kami kongsikan mengenai seorang pemain permainan video simulasi Football Manager yang berjaya memecahkan rekod dunia, bermain sehingga 221 musim. Yang terkini, dah ada yang berjaya pecahkan rekod terbaru untuk memadamkan rekod 221 musim.
New record: Longest single game of @FootballManager ⚽
After 333 seasons, 1,940 hours of real-world play time and 42,672 goals scored, Germany’s Sepp Hedel is victorious 🎮 https://t.co/2GUcPeAY6Z #GWRgamers— GuinnessWorldRecords (@GWR) October 2, 2019
Sepp Hedel yang berasal dari Jerman merupakan pemegang rekod dunia terbaru, Longest Single Game of Football Manager yang dianugerahkan oleh Guinness World Records pada 2 Oktober 2019. Sepp Hedel berjaya mencatat rekod bermain Football Manager selama 333 musim, sejak Disember 2017 menggunakan Football Manager 2017.

Image Via : guinnessworldrecords.com
Kebanyakan masa Sepp Hedel bermain Football Manager 2017 sebenarnya bermula masa Sepp Hedel kerja di Afrika, jauh daripada keluarga yang berada di Jerman. Sepanjang 333 musim, Sepp Hedel pernah menguruskan 3 pasukan iaitu FC United of Manchester, Bengaluru FC dan Hereford FC.
🚨 The @GWR record for the longest ever @FootballManager save has been broken.
🇩🇪 Sepp Hedel from Germany:
⏰ 1,940 Hours
📅 333 Seasons
👕 3 Teams Managed💰 £9.4bn Spent
✍ 684 Players Signed🏟 15,768 Matches
✅ 11,217 Wins
⚽ 42,672 Scored
🥅 15,563 Conceded😳 Wow. pic.twitter.com/49sfh34HIk
— SPORF (@Sporf) October 8, 2019
Sepanjang 333 musim tu gak, Sepp Hedel berjaya menang 729 piala, 258 kejuaraan liga dan pernah membeli pemain seramai 684 orang pemain.
Here’s hoping we won you a few trophies in those 333 seasons! Sepp Hedel, we’d like to send you a shirt; drop us a mail on [email protected]
Twitter, do your thing! 🔥#WeAreBFC #RoomForMore https://t.co/5PAEmuEKqG
— Bengaluru FC (@bengalurufc) October 4, 2019
Yang dah tak sabar nak asah balik akal fikiran untuk main Football Manager yang terbaru, Football Manager 2020 secara rasminya akan mula dipasarkan pada 19 November 2019 nanti.
Announce release date #FM20 📆 pic.twitter.com/O0Je4OD3zY
— Football Manager (@FootballManager) October 14, 2019
KATALAKI: Bila main Football Manager 2020 nanti, korang try uruskan pasukan yang tak ternama. Baru mencabar dan tak cepat boring.