Rekod Yang Berjaya Dicipta Oleh Rakyat Malaysia

Sembang

Bulan yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia tak kira bangsa, bahasa, budaya ataupun agama iaitu Bulan Kebangsaan merupakan bulan kebanggaan untuk semua manusia yang lahir di bumi Malaysia. Tanah tumpahnya darah kita. Sepanjang Bulan Kebangsaan ni juga kita berasa bersyukur dengan pengorbanan tokoh-tokoh yang pernah menabur bakti demi kemerdekaan negara yang berjaya dicapai pada 31 Ogos 1957.

Image Via : psm.org.my

Kali ni kami nak kongsikan mengenai rakyat Malaysia yang pernah berjaya mencipta rekod tersendiri demi membuktikan rakyat Malaysia juga mampu untuk melakukan sesuatu di luar batasan kemampuan manusia. Mari kita tengok!

Rekod Dunia Paralimpik

Pada tahun 2018, dua rekod dunia berjaya dicipta oleh atlet paralimpik negara iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly di Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Indonesia.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya mencatat masa terpantas, 11.78 saat dalam acara 100m T36 lelaki (Cerebral Palsy), memadam rekod yang dipegang sebelum ni oleh atlet paralimpik Rusia, Evgenii Shvetcov dengan catatan masa 11.90 saat.

Image Via : paralympic.org

Image Via : paralympic.org

Abdul Latif Romly pula berjaya memadam rekodnya sendiri yang dicipta sebelum ni pada tahun 2016 dalam acara lompat jauh T20 lelaki (Masalah Pembelajaran) dengan catatan jarak lompatan terbaru sejauh 7.64 meter.

Dua Rekod Dicipta Dalam Masa Yang Sama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Pada tahun 2019, penyanyi dan pelakon Soo Wincci berjaya mencipta 2 rekod baru dalam Malaysia Book of Records selepas menamatkan pengajian di Valencia, Sepanyol dan berjaya memperolehi Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Soo Wincci diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan rekod Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist. Setakat ni Soo Wincci dah ada 5 ijazah termasuk lah Ijazah Undang Undang (University of Reading, UK), Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Open University Malaysia.

Warga Emas Paling Laju Berbasikal

Pada Julai 2019, Wan Hashim Wan Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Wan yang berumur 73 tahun dan berasal dari Kelantan, berjaya mencipta rekod The Fastest Senior Citizen To Cycle Solo Around Peninsular Malaysia dalam Malaysia Book of Records dengan jarak 2,277 km dalam masa 14 hari.

Antara laluan yang ditempuh oleh Pak Wan untuk mencipta rekod baru ni termasuk Tak Bai, Pattani, Hat Yai, Padang Besar, Kuala Lumpur, Tanjung Piai, Kota Tinggi dan Kota Bharu.

Pelayaran Paling Jauh Di Malaysia

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mencipta rekod yang tak pernah lagi dicipta sebelum ni iaitu rekod Pelayaran Paling Jauh di Malaysia dalam Malaysia Book of Records pada Mac 2019.

Image via : hmetro.com.my

Sebanyak 14 buah bot yang terlibat dalam Ekspedisi Amphibious Craft dari Melaka ke Langkawi yang membabitkan pelayaran sejauh 388 batu nautika atau 718.5760 kilometer dalam masa 6 hari.

KATALAKI: Memang betul lah, Malaysia boleh!

Last modified: 31 August 2019