Remaja 16 Tahun Berjaya Menang $3 Juta Dalam Fortnite World Cup!

Game, Tech

Aku tak pasti korang tahu ataupun tidak tapi minggu lepas telah berlangsungnya kejohanan Fortnite World Cup di Arthur Ashe Stadium, New York. Kejohanan ini merupakan kejohanan bertaraf dunia pertama untuk permainan video Fortnite dan prize pool yang ditawarkan sangatlah lumayan iaitu USD30 Juta!

Kejohanan ini telah dijalankan selama dua hari dan dibahagiakan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah Solo Player Event dan yang kedua adalah Duo Player Event. Bagi Solo Player Event, ia telah dimenangi oleh Kyle “Bugha” Geirsdorf yang mana baru berusia 16 tahun!

Bugha merupakan pemain dari Amerika Syarikat dan merupakan ahli Esports team, Sentinels. Dia telah berjaya memperolehi 59 mata dan jauh meninggalkan pemenang tempat kedua iaitu Psalm dengan jarak 26 Mata. Dia akhirnya dinobatkan sebagai juara pertama Solo Player Event untuk Fortnite World Championship dan membawa pulang USD3 Juta.

Semasa ditemuramah dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Bugha telah berkongsi bagaimana rutin harian yang dia lalui bagi memantapkan gameplay dia dalam permainan video Fortnite. Dia juga memberitahu yang nama Bugha sebenarnya adalah nama samaran yang telah diberikan oleh datuknya semasa dia masih kecil bagi membuatkan dia ketawa.

Bagi Duo Player Event pula, ianya telah dimenangi oleh kumpulan dari Eropah iaitu Emil “Nyhrox” Bergquist Pedersen dan David “Aqua” W. Mereka berjaya meraih sebanyak 51 mata, 4 mata dihadapan pemenang tempat kedua iaitu Rojo dan Wolfiez. Mereka berdua juga turut membawa pulang USD3 Juta.

Kalau korang nak tahu, syarikat yang membuat permainan video Fortnite iaitu Epic Games telah mengumumkan tentang kejohanan Fortnite World Championship ini sejak dari Jun 2018 lagi. Selepas diumumkan, Epic Games telah mengadakan pusingan kelayakan pada April 2019.

Setiap minggu pemain-pemain daripada serata dunia akan mengumpul mata dalam pusingan kelayakan untuk Solo Player dan juga Duo Player bagi melayakan mereka pergi Grand Final. Mereka yang berjaya meraih mata paling tinggi setelah tamat pusingan kelayakan akan dibawa terus ke New York untuk bertanding dalam Grand Final dan berpeluang memenangi USD3 Juta dan Piala Fortnite World Cup.

Daripada apa yang dilaporkan oleh Epic Games, lebih daripada 40 juta pemain seluruh dunia telah berentap dalam pusingan kelayakan dan mereka semua dibahagikan kepada enam kawasan iaitu NA East, NA West, Europe, Brazil, Asia dan Oceania (Austalia dan New Zealand).

Selepas pusingan kelayakan, 50 pasukan untuk Duo Player dan 100 pemain untuk Solo telah berjaya memasuki Grand Final. Ramai juga pro-pro player yang layak masuk ke Grand Final sebagai contohnya Turner “Tfue” Tenney, Noah “Vivid” Wright dan ramai lagi. Namun salah seorang streamer Fornite paling popular iaitu Tyler “Ninja” Blevins gagal untuk melayakan diri ke Grand Final.

KATALAKI: Umur 16 tahun dah menang USD3 Juta wey! aku nak masuk umur 30 ni RM3,000 pun tak ada hahahaha!

Last modified: 1 August 2019