Remaja Zaman Sekarang Mesti Tak Faham 5 Benda Rare Ni

Sembang

Korang yang berumur 18 tahun pada tahun 2019 ni, lahir pada tahun 2001, betul? Macam tak percaya tapi tu lah realitinya. Jangan berani persoalkan yang lahir tahun 90an sekarang ni umur berapa. Semenjak 2001, dah banyak dah perubahan teknologi yang berlaku kat dunia ni.

Kali ni kami kongsikan 5 benda yang mungkin tak semua remaja tahu kewujudan dan kegunaan benda ni. Kalau nak cari benda ni balik tunjuk depan mata pun dah susah rasanya. Mari kita tengok!

Floppy Disk / Disket

Image Via : reddit.com

Alat ni lah yang digunakan untuk simpan macam-macam data dalam komputer pada suatu masa dulu. Senang cerita, kalau zaman sekarang ni kegunaanya sama macam pendrive.

Kali pertama Disket dipasarkan untuk kegunaan orang ramai ialah pada tahun 1971. Sekarang ni kalau kita nak tengok Disket hanyalah melalui logo sahaja iaitu kalau korang nak simpan atau save sesuatu dokumen kat komputer. Kan ada logo Disket tu.

Peta

Ada ke yang sempat guna peta masa pergi jalan-jalan kat luar negeri atau negara? Jenuh gak la kan nak tengok jalan mana yang nak kena lalu. Sekarang ni dah mudah, macam-macam jenis aplikasi kat smartphone ada untuk tengok peta.

Telefon Awam

Image Via : flickr.com

Telefon Awam atau Public Phone memang popular la zaman dulu sebab takde lagi handphone dan sekarang ni smartphone yang canggih-canggih. Kena beratur kalau nak guna. Kena standby gak duit syiling banyak-banyak kalau nak gayut lama, kalau tak kang tak sempat cakap bye. Konon kalau nak guna Telefon Awam sambil jimat duit syiling, kena tekan * dan # masa guna. Sekali pun tak pernah berjaya buat.

VHS Tape

Image Via : currentpixel.com

Ni memang confirmed dah tak wujud lagi sekarang ni rasanya. Kalau ada lagi yang simpan kat rumah dan boleh lagi digunakan memang gempak lah. VHS Tape ni kegunaannya untuk simpan dan mainkan video. Kalau audio, guna kaset.

Korang jangan tak tahu lak, VHS Tape ni berasal dari Jepun. Pada tahun 1977 baru la VHS Tape masuk Amerika Syarikat dan seterusnya digunakan di seluruh dunia. Pada tahun 1993 baru wujud VCD dan bermula lah kepupusan VHS Tape.

Tamagochi

Image Via : polygon.com

Walaupun sekarang ni masih lagi boleh beli Tamagochi, tapi perasaan dan kegilaan untuk main Tamagochi dah tak sama macam dulu. Punya la taat jaga haiwan peliharaan digital masing-masing, dah macam jaga anak. Kalau lapar kang boleh mati. Tamagochi mula dipasarkan di seluruh dunia pada tahun 1997.

Selalunya perempuan yang main Tamagotchi ni. Kalau lelaki main memang kena gelak. Lelaki kebanyakannya main mainan seakan-akan Tamagotchi iaitu Digital Monster yang ada kena-mengena dengan Digimon. Siap boleh battle. Bawa pergi sekolah kena rampas dengan cikgu.

KATALAKI:  Sekarang pun Beyblade dah buat comeback. Digimon mungkin tak lama lagi kot. Boleh bela kat smartphone pastu boleh battle. Syok tu.

Last modified: 28 June 2019