Resident Evil 2 Demo Cuma 30 Minit! What?!

Game, Tech

Untuk peminat permainan video Resident Evil yang tak sabar nak main Resident Evil 2 yang bakal dikeluarkan pada 25 Januari ni, Korang boleh try Demo yang telah dikeluarkan oleh Capcom konsol PS4, Xbox One dan PC baru-baru ini.

Tapi Demo ni agak berbeza berbanding Demo game-game lain sebab Demo ini korang Cuma boleh main selama 30 minit sahaja. Habis 30 minit, korang dah tak boleh main langsung Demo ni melainkan korang guna account lainlah.

Demo yang dipanggil sebagai Resident Evil 2 1 Shot Demo. Didalam Demo ini korang akan bermain sebagai Leon Kennedy, antara watak utama didalam Resident Evil 2. Korang akan bermula dengan masuk kedalam balai polis yang terdapat di Raccoon City selepas serangan zombie-zombie durjana.

Terperangkap didalam balai polis ini, Leon kene mencari jalan keluar sebelum lebih banyak zombie yang menyerang balai polis tersebut dan Leon juga kene selamatkan seorang lagi anggota polis yang nampaknya telah injured. Siapa anggota polis tersebut? Hah yang tu korang kena download and main sendirilah!

Aku dah try and aku juga ada livestream tempoh hari dia punya Demo. Terus terang aku cakap, aku tak pernah main langsung gamegame Resident Evil sebelum ini. Tapi aku pernah main game yang ada same gameplay macam Resident Evil iaitu Dino Crisis.

So masa aku try Resident Evil 2 1-Shot Demo ni, Aku boleh kata yang aku agak tertarik jugaklah dengan gameplay dia. Elemen seram dan jump scare dia cukup untuk buat aku mencarut dan menjerit time aku try Resident Evil 2 1-Shot Demo ni. Kalau korang nak tengok, korang boleh check out Youtube channel aku (promote sikit hehe)

Demo ini korang boleh download mulai sekarang sehingga 31 Januari 2019 sahaja. Dan sekali lagi aku nak ingatkan yang Demo ni cuma boleh dimainkan selama 30 minit sahaja. Make sure korang settle kan mission yang terdapat dalam Demo ini sebelum masa dia tamat.

Resident Evil 2 2019 merupakan remake untuk Resident Evil 2 yang dikeluarkan pada tahun 1998 oleh Capcom. Didalam permainan video ini korang akan bermain sebagai Leon S. Kennedy, seorang anggota polis yang masih baru berkhidmat dan Claire Redfield, seorang pelajar kolej yang sedang cuba menyelamatkan diri dari Raccoon City yang telah diserang oleh Zombie.

KATALAKI: Aku tak dapat settle kan mission dalam Demo ni. Agak bengang jugaklah cukup 30 minit dia terus tutup Demo hahaha!

Last modified: 15 January 2019