Restoran Jual Makanan Untuk Hantu?!

Sembang

Pernah tak korang order apa-apa makanan, and then bila makanan korang sampai tapi tak nampak macam cukup?

Tapi kali ni di Manila lain pula, sebab ada sebuah restoran yang hidangkan makanan yang tak wujud langsung atas pinggan. Ya, benar. Hanya special untuk bulan Ogos setiap tahun, restoran Holy Grill menghidangkan menu makanan bernama “Ghost Meal”.

Gambar sumber: When In Manila

Menurut kepercayaan tradisional, Ogos merupakan bulan yang dikenali sebagai “Ghost Month”. Bulan dimana ia dipercayai bahawa roh-roh dan hantu-hantu dibenarkan untuk turun ke alam manusia untuk melawat. Ada jugak roh-roh dan hantu-hantu nakal juga berkeliaran dalam tempoh ini. Tak dinasihatkan untuk lepak tengah-tengah malam kalau bulan macam ni.

Inilah sebab kenapa restoran Holy Grill offer hidangan special ni, dengan hanya 50 Pesos (bersamaan RM3.81) pelanggan boleh belanja roh-roh supernatural untuk bulan ini.

Ada banyak pilihan makanan untuk ‘mereka’ ini seperti grill atau sizzling, tapi yang sampai memang kelihatan tiada apa-apa atas pinggan.

Gambar sumber: When In Manila

Menurut sumber video yang dikeluarkan daripada portal When In Manila, Ghost Meal adalah antara makanan popular yang di order oleh pelanggan selain makanan yang biasa di order. Restoran Holy Grill juga menyediakan ruang dimeja makan untuk pelangan makan bersama ‘mereka’.

KataLaki: boleh la korang order ni untuk member yang selalu nak diet tu LOL.

Last modified: 21 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *