Restoran “Makanan Laju” Yang Korang Wajib Tahu!

Sembang

Sebut fast food atau “makanan laju”, jenama yang wajib terlintas dalam fikiran semua orang sudah tentunya samaada ­brand-brand fast food gergasi yang amat terkenal di dunia iaitu Mcdonald’s atau KFC. Tak pun kalau yang nak rare sikit akan sebut brand seperti A&W mahupun Burger King.

Mengikut sejarah tentang kedai atau restoran makanan segera di Malaysia ni, boleh dikatakan restoran fast food pertama Mcdonald’s di Malaysia telah berada sejak seawal tahun 1982 yang mula beroperasi dipersimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang. Pada tahun 80-90an, makanan segera ini adalah makanan yang dianggap sebagai makanan mewah untuk dinikmati. Berbeza dengan zaman sekarang dimana ianya telah menjadi salah satu makanan ruji yang boleh dinikmati pada bila-bila masa tanpa buat kebanyakkan masyarakat.

Di negara kita juga, terdapat bermacam-macam jenis jenama restoran fast food yang ada, dan kebanyakan pula mempunyai citarasa yang berbeza lain daripada yang lain untuk memenuhi selera rakyat tempatan.

Jadi kali ni, kita nak usha dan berikan sedikit info yang ringkas tentang jenama fast food yang lain selain daripada yang kita sedia maklum. Kebanyakan fast food ini tidak boleh diperolehi di Malaysia sebab francais kedai fast food ini belum lagi menjejak tanah air kita. Tapi ianya adalah antara yang terfemes yang boleh didapat di negara luar, terutama sekali di Amerika Syarikat.

IN AND OUT

Image via: https://abc13.com/

In-N-Out Burger adalah restaurant fast food yang amat dikenali di serantau Amerika Syarikat, lokasi utama francais In-N-Out Burger ni adalah di California. Ianya pertama kali ditubuhkan di Baldwin Park, Calirfornia pada tahun 1948 oleh pasangan suami dan isteri, Harry Snyder dan Esther Snyder.

Harry Snyder memperkenalkan gerai burger dengan konsep drive-thru yang pertama di California, gerai tersebut hanya memakan ruang kecil hampir 10 kaki persegi sahaja di Francisquito dan Garvey bertempat di Baldwin Park.

Pada setiap hari sebelum menjelang waktu subuh, Harry akan pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan fresh serta daging dan juga barangan mentah yang diperlukan untuk menyiapkan makanan yang dijual di gerai burger In-N-Out. Manakala isterinya, Esther menguruskan semua perakaunan restoran baru untuk dibuka berdekatan dengan rumah mereka.

Selepas seharian memasak, Harry akan menyiapkan juga two-way speaker box yang dibuat sendiri di garage rumahnya, dengan mengunakan konsep drive-thru, Harry memberikan kemudahan buat para pelanggannya untuk memesan makanan mengunakan two-way speaker box tersebut tanpa perlu keluar daripada kenderaan mereka. Impian Harry untuk memperkenalkan konsep unik drive-thru pertama sekali di California tercapai, ini juga selari dengan nama mereka, In-N-Out. Untuk bahagian makanan pula, In-N-Out menyediakan menu yang boleh dikatakan basic burger dan fries. Namun berlainan daripada pesaing utamanya seperti Mcdonald’s, Burger Kings dan Wendy’s, setiap makanan yang disediakan oleh In-N-Out dibuat di on-site atas permintaan.

Walaupun francais In-N-Out Burger ini hanya terdapat di Amerika Syarikat, pada tahun 2018 fast food popular ini pernah melakukan foreign tours di Malaysia dengan membuka pop-up store dan menyediakan sebanyak 300 burgers untuk 300 customers di Malaysia yang ingin mencuba burger In-N-Out. Menurut pihak In-N-Out, penjualan produk In-N-Out di pop-up store yang dilakukan selama satu hari itu mendapat sambutan yang tidak dijangka-jangkakan dimana mereka berjaya menjual kesemua 300 burgers kurang dari 30 minit selepas pembukaan gerai itu.

WHITE CASTLE

Image via: https://commons.wikimedia.org/

White Castle adalah sebuah lagi jenama restaurant hamburger yang amat dikenali di serantau Amerika Syarikat dengan sebanyak 377 francais bertempat di 13 negeri negara uncle sam tersebut.

Francais White Castle yang ditubuhkan pada tahun 1921 di Wichita, Kansas ini dikatakan merupakan francais fast food yang pertama di Amerika Syarikat. Walaupun francais White Castle ini tidak lah terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan jenama-jenama restoran fast food yang lain, tetapi jenama White Castle ini mempunyai peminat yang setia sehingga ada yang menulis lagu tentang White Castle, sampai dikenali menerusi filem Harold & Kumar Go to White Castle, tak lupa jugak ada yang pernah kahwin dalam restoran White Castle ni.

Dikatakan juga, pengasas restoran White Castle ini juga adalah tukang masak yang bertanggungjawab disebalik penciptaan daging patty dimana berlakunya kejadian yang tak disengajakan apabila Walt Anderson merasa marah apabila meatball yang ingin dimasaknya asyik melekat pada kuali, lalu Walt bengang dan menepuk meatball tersebut mengunakan spatula. Dari situ lah terciptanya daging patty yang kita kenali pada harini.

Kenapa nama brand francais restoran ini dimanakan sebagai White Castle, ianya adalah disebabkan penciptanya Walt Anderson dan Edgar Waldo “Billy” A. Ingram ingin menimbulkan persepsi restoran mereka bersih, White atau putih melambang kebersihan yang mereka terapkan di restoran White Castle. Pada tahun 90an, White Castle pernah menapakkan francais mereka di Malaysia, namun ianya ditutup tidak lama kemudian, mungkin tidak mendapat sambutan yang mengalakkan kot.

TACO BELL

Image via: https://klfoodie.com/

Ini pula salah satu rangkaian restoran makanan segera yang juga terkenal di Amerika Syarikat dimana mereka menyajikan pelbagai makanan Mexico dan Tex-Mex seperti taco, burrito, quesadillas, dan nachos.

Taco Bell ditubuhkan oleh Glen Bell yang membukan restoran pertama Taco Bell pada tahun 1962 di Downey, California. Sebelum memajukan business Taco Bell, Glen mempunyai beberapa business seperti padang golf mini dan gerai hot dog. Nama Taco Bell juga diambil sempena dengan nama Glen “Bell”. Lokasi pertama Taco Bell merupakan tempat hangout buat anak-anak muda di California, lokasi pertama juga dikatakan tempat lepak yang sangat cool sebab boleh tengok performance daripada Mariachi Band.

Untuk kita di Malaysia, kita tidak lama lagi bakal dapat merasa makanan-makanan daripada rangkaian Taco Bell apabila restoran pertamanya bakal dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Dikatakan lokasi pertama Taco Bell di Malaysia ini akan bertempat di Tropicana Gardens Mall yang terletak disekitar Sunway Giza Kota Damansara.

FIVE GUYS

Restoran Five Guys pertama dibuka pada tahun 1986 di Arlington, Amerika Syarikat yang khusus menyediakan hamburgers, hot dogs, dan, french fries dengan menerapkan konsep yang dikenali sebagai fast casual restaurant, maksudnya makanan-makanan yang disediakan di Five Guys boleh dikatakan lebih berkualiti tinggi daripada restoran makanan segera kebiasaan.

Pada awal tahun 2003, rangkaian restoran Five Guys mula berkembang dalam masa satu setengah tahun, jenama Five Guys telah membuka sebanyak lebih 300 restoran di serata Amerika Syarikat. Pada tahun 2016 pula, cawangan Five Guys boleh didapati di 1,500 lokasi serata dunia yang membuatkan Five Guys sebagai francais fast food paling cepat berkembang di Amerika Syarikat. Lagenda NBA dan juga ikon sukan Shaquille O’Neal memiliki sebanyak 155 cawangan restoran Five Guys iaitu sama dengan 10 peratus lokasi francais restoran ini.

 

View this post on Instagram

 

Order online and skip the line! Link in bio. (📸: @zeethefoodie_)

A post shared by Five Guys (@fiveguys) on

Difahamkan juga nama Five Guys ini dipilih oleh pengasasnya Janie dan Jerry Murrel, maksud Five Guys itu adalah merujuk kepada lima orang anak lelaki mereka iaitu Jim, Matt, Chad, Ben, dan Tyler yang kini turut berkecimpung dalam family business rangkaian restoran makanan segera ini. Selain daripada daging burger yang dimasak dengan begitu fresh sekali bersama dengan konsep American diner, Five Guys ini turut dikenali dengan pilihan Milkshake mereka.

Pada bulan Disember tahun 2019, jenama fast food Five Guys ini telah membuka cawangan pertamanya di Singapura bertempat di Plaza Singapura. Manakala cawangan restoran pertama Five Guys di Malaysia pula bakal dibuka tidak lama lagi bertempat di Genting Highlands.

KATALAKI: Dah tau serba-sedikit pasal francais burger yang lain ni, so kalau travel ke luar boleh nanti la try. Ye dok?

Last modified: 3 July 2020