Reunion Mangsa Tsunami Aceh Dan Cristiano Ronaldo

Aktif, Bola

Nama Martunis yang berasal dari Indonesia mula popular selepas terselamat daripada korban Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Semasa situasi yang masih kelam-kabut apabila Tsunami membadai Banda Aceh, Martunis dijumpai oleh penyelamat dalam keadaan kepenatan dan memakai jersi pasukan bola sepak Portugal. Bila berita menyiarkan imej Martunis di TV, satu dunia mula tertumpu kepada Martunis terutama sekali pemain-pemain bola sepak pasukan Portugal.

Image Via : mirror.co.uk

Image Via : mirror.co.uk

Pada tahun 2005, Portugal FA mendermakan sejumlah wang kepada Martunis untuk membina semula rumah yang musnah disebabkan Tsunami dan Cristiano Ronaldo menumbuhkan tabung amal untuk membantu Martunis menampung kos pembelajaran.

Image Via : straitstimes.com

Pada tahun 2015 ketika Martunis berumur 17 tahun, pasukan yang mencungkil bakat Cristiano Ronaldo di usia remaja iaitu Sporting CP secara rasmi mengumumkan Martunis sebagai pemain akademi pasukan Sporting CP.

Malang sekali, disebabkan kecederaan yang dialami masih belum pulih sepenuhnya, Martunis kembali ke Banda Aceh dan kini lebih fokus sebagai seorang influencer di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martunis Ronaldo (@martunis_ronaldo) on

Baru-baru ni, Martunis dan Cristiano Ronaldo dipertemukan sekali lagi dalam pembikinan video komersial yang melibatkan Cristiano Ronaldo di Itali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martunis Ronaldo (@martunis_ronaldo) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martunis Ronaldo (@martunis_ronaldo) on

KATALAKI: Kalau korang tengok akaun Instagram dan YouTube Martunis, memang betul-betul dia gunakan Cristiano Ronaldo sebagai daya penarik kepada video yang dihasilkan.

Last modified: 26 September 2019