Reverse Viral – Siapa Pencipta Lagu Dance Monkey?

Sembang

Zaman sekarang, kita akan selalu disajikan dengan lagu-lagu yang muncul secara tiba-tiba dan akan menakluki cart-carta di radio mahupun di carta-carta digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan sebagainya. Bukan sahaja lagu-lagu ini berjaya menakluki carta-carta, tetapi juga berjaya menawan halwa telinga kita.

Salah satu contoh, ketika artikel ini ditulis, pasti ramai yang dah tahu tentang kewujudan lagu yang tengah hangat dan viral seperti lagu Dance Monkey. Lagu yang kini menjadi siulan anak muda remaja zaman now. Lagu ini bukan sahaja tular di media sosial sahaja tetapi di ianya berjaya mendapat perhatian menyeluruh di serata dunia. Lagu yang sudah menakluki carta-carta Official UK Singles dimana ianya bertahan selama 10 minggu ini mengangkat penciptanya daripada tidak dikenali hingga menjadi salah satu bintang antarabangsa. Siapa pencipta lagu tersebut?

VIRAL CARA ORANG LAMA

Dengan bermacam-macam platform digital terdapat pada zaman sekarang. Sangat mudah untuk ahli muzik yang tidak dikenali mendapatkan ‘big break’ atau memecah masuk ke dalam industri muzik dengan lagu-lagu ciptaan mereka. Seperti menjadi viral di Youtube seperti Carly Rae Jepsen, diangkat daripada Vine seperti Shawn Mendes mahupun terus mendapat perhatian daripada penguna Tik Tok seperti Lil Nas X.

Tetapi berlainan pula cerita dengan pencipta dan penulis lagu viral Dance Monkey yang dikenali sebagai Tones And I yang mula memuat naik lagu-lagu ciptaan beliau ke Youtube sejak berusia 16 tahun tetapi hanya mula berjaya menempah nama apabila beliau mulakan karier sebagai seorang buskers di Byron Bay, Australia pada tahun 2017.

Pemilik nama Toni Watson atau dikenali dengan nama pentasnya sebagai Tones And I pada usianya baru saja 19 tahun, beliau bertemu dengan peguam muzik Jackson Walkden-Brown yang memperkenalkannya kepada syarikat pengurusan Lemon Tree Music yang menbantu menaikkan nama Tones And I ke industri muzik antarabangsa dengan lagu Dance Monkey yang menjadi tular sejak dikeluarkan pada 10 May 2019.

Keinginan beliau untuk menjadi seorang buskers datang apabila sering melihat ramai pemuzik-muzik yang busking di tepian jalan ketika bekerja di sebuah kedai baju. Lagu Tones and I membuat keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan minatnya dalam bidang muzik dan menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa.

DANCE MONKEY TENTANG DIRI SENDIRI?


“Kalau ubah perkataan Dance kepada Sing, ianya tentang saya busking” – Tones And I

Menurut Tones And I, lagu Dance Monkey dicipta ketika beliau busking di Byron bay. Ilham untuk mencipta lagu tersebut datang apabila beliau pada mulanya hanya saja-saja ciptakan lagu untuk keseronokkan. Tetapi lagu “Dance Monkey” sebenarnya merupakan lagu yang menceritakan tentang para penonton yang ingin menyaksikan beliau busking dan inginkan beliau untuk menyanyikan lagi dan lagi. Lagu Dance Monkey ini juga adalah lagu tentang kehidupan beliau sebagai seorang buskers dan bagaimana ramai penonton yang sering datang untuk saksikan Tones And I busking di tepi jalan.

Lagu yang mengunakan looping bass beat dengan bunyi-bunyian electro-pop memberikan penceritaan tentang suasana yang tidak menyenangkan ketika beliau menjalani kehidupan sebagai seorang buskers yang sering diperhatikan dan dipandang remeh. “Orang-orang yang mabuk datang lalu dan berteriak-teriak kata-kata ke arah saya. Negatif itu lebih besar daripada yang positif, tetapi saya tidak mahu berhenti hanya kerana orang yang perkelakuan buruk terhadap saya.” Menurut Tones And I dalam sebuah interview bersama NME.com.

Lagu Dance Monkey meraih kerjayaan pertama sekali apabila lagu tersebut mula mendapat perhatian daripada stesen-stesen radio di serata Australia dan mula menjadi tular di serata dunia selepas tercetusnya di Spotify dimana lagu tersebut telah di stream sebanyak hampir 650 juta kali. Menurut The Music Network, Tones And I adalah artis terbaharu yang mendapat ‘the most clicked’ pada platform penstriman berbayar tersebut.

KATALAKI: Dance fahmi dance fahmi

Last modified: 25 February 2020