10 Fakta Review Menarik Tentang XXRAYIII…

Sembang

Kalau ikutkan list untuk filem-filem tempatan yang mengunakan kuasa CGI ni memang tak banyak, dan filem XXRAY III ni antara filem yang menarik minat aku untuk pergi tonton kat panggung wayang. Antara benda yang paling mencabar bila aku nak pergi tengok sendiri filem ni adalah untuk cari geng yang sama-sama nak pergi tengok. Rata-rata kawan aku semua tanya “tengok movie lain boleh?”. Last-last aku seorang diri yang pergi layan movie ni.

So konklusinya aku tulis review dalam bentuk 10 sebab kenapa korang kena pergi tengok filem ke-3 siri XXRAY. Harap dengan point-point aku ni, berjaya menarik minat korang (walaupun sikit) untuk pergi tengok sendiri filem XXRAY III ni. Selamat membaca. Bismillah…

1. 27 Tahun Dulu

Filem terakhir daripada trilogi XXRAY adalah pada tahun 1995, which is 23 tahun yang lalu. Filem pertama XXRAY I adalah pada 1992. Mengikut sejarah perfileman, XXRAY I & II dulu antara filem sentuhan Aziz M. Osman yang mendapat sambutan box office.

2. 90s Kids

Kalau korang lahir pada zaman 90s, korang mesti ada sikit sentimental value untuk filem ni. Macam aku, aku tak teragak nak pergi tengok rasa filem ni kat panggung wayang. Atleast teruk atau best, filem ni aku ada bragging rights nak kata “Aku dah tengok dah”.

3. Bukan Greenscreen

Nampak macam greenscreen, tapi sebahagian filem ni shoot di Jordan. Masa aku mula nampak scene yang diorang shoot kat Jordan. Aku mati-mati ingatkan greenscreen, tapi rupanya betul memang kat Jordan. Tak silap aku, tempat yang sama diorang shoot Transformers.

4. Ada Apek!

Dalam filem ni ada watak Saiful Apek. Apek siap nyanyi lagu Senario lagi lol. Watak Saiful Apek ni aku rasa antara watak yang best jugaklah bagi aku, dan aku tak expect ada watak Apek dalam filem ni. Watak Apek dalam ni pun tunjuk yang memang Apek ni otai.

Watak Amir Hamzah dengan cap Batman dia. Legend tuu…

5. Watak Amir Hamzah

Kalau korang pengikut setia trilogi filem XXRAY. Korang boleh saksikan kembali watak Amir Hamzah yang dilakonkan oleh the man himself, Aziz M. Osman. Walaupun dah cecah usia 55 tahun, Aziz M. Osman still mampu berlakon dan direct sekali filem ni. Fuhh otai gak.

Sumber: Thevocket.

6. Action Figure!

XXRAY III ada release satu action figure watak Prof. Amir Hamzah. Fuh macam style filem Hollywood. Kalau korang pengumpul action figure, korang boleh dapat sijil asli untuk action figure Dan action figure ni hanya dibuat dalam 200 unit sahaja.

7. Review Kengkawan?

Jangan sebab dengar orang kata filem ni “tak best” berdasarkan apa yang kawan-kawan korang dengar daripada kawan-kawan diorang gak atau pun based on apa yang diorang tengok kat trailer filem ni, membuatkan korang tak nak tengok filem ni kat wayang. Aku sarankan, baik korang experience sendiri, baru cakap filem ni tak best. Pedulikan apa kawan-kawan nak kata, just pergi and tengok sendiri.

8. Filem SciFi Malaysia

Serious, aku rasa Malaysia jarang atau kurang filem genre Scifi macam siri filem XXRAY ni. Ni adalah salah satu sebab kenapa aku sendiri tertarik nak keluarkan duit poket aku sendiri untuk pegi wayang tengok sendiri.

9. Plot Twist

Okay, aku malas nak bagi spoiler kat korang tapi apa yang aku boleh share Dalam filem ni, memang orang Malaysia yang selamatkan bumi. Selalu kalau kita tengok movie, asyik-asyik orang America je yang selamatkan bumi, betul tak? Kali ni memang rakyat Malaysia sendiri yang selamatkan dunia daripada dihancur. Tapi the ultimate plot twist filem ni memang kelakar. “Like seriously?” ni adalah ayat yang terkeluar daripada mulut aku bila tengok plot twist dia.

10. A Movie for A Bad Day

Last sekali aku nak share, kalau hari korang murung, bila korang ada bad day, semua benda tak kena. Aku sarankan korang pergi tengok XXRAY III(kalau masih lagi ada kat panggung wayang). Sebab filem ni akan membuatkan korang lupa kepada kemurungan atau masalah korang.

KATALAKI: Aku disclaimer siap-siap, review ni review jujur dan tak berbayar langsung. Apa yang tak best pasal filem ni? Korang tengok lah sendiri…

Last modified: 7 February 2019