Review : 4 Benda Pelik Dalam Filem I Am Mother

Sembang

Kalau ada yang masih lagi tercari-cari filem apa yang nak ditonton kat Netflix, mungkin korang boleh pertimbangkan untuk layan filem terbaru I Am Mother. Yang dah tengok tu, puas hati tak dengan ending filem ni?

Image Via : Netflix

Filem bergenre fiksyen sains ni mengisahkan dunia yang mengalami kepupusan daripada sebarang jenis hidupan termasuk lah haiwan, pokok dan manusia. Robot je yang berfungsi mengawal dunia buat masa ni. Bayangkan lah macam mana dunia ni kalau Robot je yang ada.

Image Via : polygon.com

Di awal permulaan filem ni, Robot yang dikenali sebagai Mother, ada simpan banyak embrio manusia untuk dijadikan bayi. Tujuannya ialah Mother yang akan mulakan semula kewujudan manusia di dunia disebabkan manusia yang hidup sebelum ni dianggap dah rosak dan tercemar.

Korang boleh tengok la nanti macam mana peliknya seorang bayi tu dibesarkan oleh Mother iaitu sebuah Robot di tempat yang tertutup dari dunia luar. Bayi yang berjaya dibesarkan oleh Mother sejak daripada embrio ni diberi nama Daughter yang dilakonkan oleh Clara Rugaard. Macam mana Daughter main, makan, belajar dan macam-macam lagi proses pembesaran seorang bayi sehingga dewasa, Mother ni la yang uruskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by clararugaard (@clararugaard) on

Dah memang lumrah seorang manusia, Daughter semakin bosan hidup berdua dengan Mother je dalam tempat yang sama dan mula cari jalan untuk tahu apa yang ada kat dunia luar. Masa ni la tiba-tiba ada seorang perempuan cuba minta tolong untuk masuk ke tempat tinggal Mother dan Daughter. Watak perempuan ni dilakonkan oleh Hilary Swank yang memegang watak sebagai Woman. Senang betul nama watak dalam filem ni, Mother, Daughter dan Woman.

Image Via : thedailybeast.com

Bila munculnya Woman dalam pertengahan filem ni, semakin membuak-buak perasan nak tahu Daughter dengan dunia luar sebab masa ni kali pertama dalam hidup Daughter jumpa manusia lain. Woman ni lak masuk tempat orang terus tuduh Mother tu jahat, bunuh semua manusia kat dunia padahal Mother tu yang jaga dan besarkan Daughter daripada embrio sampai jadi manusia dewasa. Sama ada Mother tu memang jahat atau Women sebenarnya yang jahat dan manusia tercemar, jawapannya korang kena la tengok sendiri kat Netflix. Kang bagi spoiler kat sini, bazir je korang bayar Netflix tu setiap bulan.

Image Via : ign.com

Secara jujurnya, filem ni seronok untuk korang layan. Dari awal permulaan filem I Am Mother ni, sampai la habis, korang takkan bosan sebab ada je benda baru yang korang akan cuba nak faham. Filem ni akan buat korang berfikir gak sebab menurut Mother, Woman tu hidup sebab nak bagi pengajaran kat Daughter. Kat ending filem ni ada jawapannya. Tapi lepas kami tengok filem I Am Mother ni, ada beberapa benda pelik dan persoalan yang timbul dalam filem ni sebenarnya.

Benda Pelik Dalam Filem I Am Mother

1. Masa permulaan filem ni, Mother memang dah simpan banyak embrio manusia. Mana datang embrio ni, apa yang Mother buat sampai boleh dapat embrio yang berlambak-lambak, takde siapa yang tahu. Takde penjelasan dalam filem ni. Banyak gila weh embrio. Boleh pilih je nak lelaki ke nak perempuan.

2. Daripada embrio untuk jadi bayi, ambil masa 24 jam je dalam filem ni. Embrio dimasukkan dalam satu mesin yang canggih, tunggu 24 jam, terus dapat bayi. Power ke tak power. Apa formula yang digunakan mesin tu Mother je la yang tahu rasanya. Manusia perlukan lebih daripada 9 bulan, tapi Mother selamba je tunggu 24 jam boleh dapat bayi.

3. Mungkin filem ni nak tunjukkan yang perempuan boleh mengawal dunia walaupun lelaki tak wujud. Semua yang berlakon dalam filem ni perempuan je. Takde langsung lelaki. Nasib baik la yang pegang watak Daughter tu sedap mata memandang. Huhuhu.

4. Punya la ketat kawalan Mother ni untuk jaga Daughter dan tempat tinggal, macam mana boleh tiba-tiba ada kemunculan tikus dalam filem ni? Dengan tikus pun Daughter boleh nak berkawan sebab dah bosan sangat hidup berdua dengan Mother.

KATALAKI: Robot yang digunakan dalam filem ni bukan CGI. Memang dicipta dan direka khas oleh Weta Workshop untuk filem I Am Mother.

Last modified: 8 July 2019