Review: Hobbs & Shaw, Filem Aksi Paling Gempak Tapi……

Sembang

Filem terbaru daripada franchise filem Fast & Furious, Hobbs & Shaw kini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2019. Sebelum korang beli tiket dan tengok filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw kat wayang, ini review daripada kami.

Image Via : Thelaki.com.my

Filem Hobbs & Shaw ni berlaku selepas filem The Fate of the Furious yang ditayangkan pada tahun 2017. Maknanya tahap kebencian Luke Hobbs & Deckard Shaw masih lagi tinggi menggunung. Masing-masing benci tengok muka masing-masing. Tapi korang kena ingat, filem ni ialah filem spin-off untuk franchise filem Fast & Furious. Bukan sequel atau pun prequel. Ada 3 watak je yang dikekalkan daripada filem Fast & Furious sebelum ni untuk berlakon dalam filem Hobbs & Shaw iaitu Luke Hobbs lakonan The Rock, Deckard Shaw lakonan Jason Statham dan mak kepada Deckard Shaw, Magdalene Shaw yang dilakonkan oleh Helen Mirren.

Image Via : Thelaki.com.my

Filem Hobbs & Shaw mengisahkan mengenai Luke Hobbs dan Deckard Shaw yang menerima satu misi untuk menyelamatkan satu virus yang boleh mengancam kehidupan manusia satu dunia. Malang sekali, virus tersebut berada di dalam badan adik perempuan Deckard Shaw, Hattie Shaw lakonan Vanessa Kirkby.

Image Via : pageone.ph

Sepanjang misi tersebut, Luke Hobbs, Deckard Shaw dan Hattie Shaw kena berhadapan dengan seorang penjahat yang mempunyai teknologi robot di dalam badan iaitu Brixton Lore yang juga mencari dan memburu virus tersebut. Memang banyak lah aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk memandangkan watak jahat kali ni yang dilakonkan oleh Idris Elba juga digelar Black Superman.

Image Via : Thelaki.com.my

Apa yang kami boleh ringkaskan mengenai filem Hobbs & Shaw ni ialah ada kemungkinan yang korang akan rasa ini bukan filem Fast & Furious bila korang tengah sedap layan filem ni kat dalam wayang. Salah satu sebabnya ialah fokus utama filem ni kepada pelakon utamanya yang memang terkenal dengan lakonan lasak iaitu The Rock dan Jason Statham.

Image Via : Thelaki.com.my

Macam kami bagi tahu tadi, memang banyak aktiviti bertumbuk dan menembak dalam filem ni. Scene bergaduh, bertumbuk dan tembak-menembak memang gempak dalam filem Hobbs & Shaw. Scene yang melibatkan aksi kejar-mengejar kereta yang sebelum ni menjadi trademark filem Fast & Furious agak kurang dalam filem Hobbs & Shaw. Bukan takde langsung, tapi ada la sekadar cukup syarat mungkin? Kalau filem Fast & Furious sebelum ni korang boleh ingat satu-satu kereta yang dorang gunakan dan siap Google lepas keluar wayang. Tapi dalam filem Hobbs & Shaw rasanya hanya satu kereta je yang berjaya tarik perhatian kami iaitu kereta yang digunakan oleh Deckard Shaw di permulaan filem Hobbs & Shaw.

Image Via : Thelaki.com.my

Jalan cerita filem Hobbs & Shaw juga mungkin agak draggy bagi kami memandangkan filem ni cuba membina ceritanya sendiri iaitu cerita mengenai Luke Hobbs yang mengalami masalah dengan keluarganya sehingga anaknya mempersoalkan asal-usul keluarganya. Deckard Shaw juga ada masalah keluarga iaitu dengan adik perempuannya, Hattie Shaw yang lama terpisah disebabkan salah faham. Tapi pelik gak, kenapa watak Owen Shaw takde dalam filem Hobbs & Shaw.

Image Via : Thelaki.com.my

Boleh nampak la filem Hobbs & Shaw cuba menggunakan unsur kekeluargaan macam filem-filem Fast & Furious sebelum ni. Tapi unsur kekeluargaan yang ada dalam filem Fast & Furious sebelum ni tak sama dengan filem Hobbs & Shaw. Mungkin sebab filem Hobbs & Shaw ialah filem spin-off dan kita lebih dekat dengan filem-filem Fast & Furious sebelum ni yang diketuai oleh Dominic Toretto sebagai “abang long” dalam keluarga Fast & Furious.

Image Via : Thelaki.com.my

Ini antara respons orang ramai mengenai filem Hobbs & Shaw kat Twitter.

Info penting untuk korang yang nak pergi tengok filem ni nanti, ada kemunculan 2 watak dalam filem Hobbs & Shaw yang boleh buat korang terkejut dan teruja. Pastikan korang tengok filem ni sampai wayang dah gelap sebab ada pre-credit scene, mid-credit scene dan post-credit scene. Sampai sekarang kami tak faham lagi apa yang cuba disampaikan dalam 3 credit scene tu. Mungkin ada kena-mengena dengan filem Fast & Furious yang akan datang.

KATALAKI: OST untuk filem Hobbs & Shaw ni best gak. Kat Spotify dah ada kalau korang nak layan.

Last modified: 26 August 2019