Review: Moneyball – Kisah Benar Sukan Tertua Di USA

Sembang

Filem ni bukan lah filem terbaru. Tapi kami terpanggil untuk buat review filem ni disebabkan kualiti yang ada dalam filem ni dan ada kemungkinan korang belum lagi pernah tengok filem Moneyball. Kalau yang dah tengok, nak tengok balik pun apa salahnya. Buat masa ni, korang boleh layan filem Moneyball kat Netflix. Tapi sebelum tu, mari kita tengok dulu kenapa korang kena tengok filem ni.

Image Via : imdb.com

Filem Moneyball ni ada banyak pelakon-pelakon yang popular sebenarnya. Bukan je popular, tapi berlakon pun best. Antara pelakon yang ada ialah Brad Pitt, Jonah Hill dan Chris Pratt.

Image Via : justkillingti.me

Filem Moneyball juga merupakan filem kisah benar yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk Moneyball: The Art of Winning an Unfair Game, mengenai Billy Beane lakonan Brad Pitt yang memegang jawatan general manager untuk pasukan baseball Oakland Athletics, bersaing dalam Major League Baseball.

Disebabkan Oakland Athletics tak kaya macam pasukan-pasukan baseball yang lain di Amerika Syarikat, Billy Beane guna sistem baru yang dikenali sebagai sabermetric bersama penolongnya, Peter Brand lakonan Jonah Hill. Melalui sistem sabermetric ni, Billy Beane dan Peter Brand gunakan statistik dan analisis data pemain baseball untuk mencari pemain yang berbakat dan membina pasukan baseball yang mantap dengan menggunakan bajet yang rendah. Dalam dunia yang sebenar, Billy Beane dan penolongnya lah yang mengubah sistem pencarian bakat dalam arena sukan baseball di Amerika Syarikat.

Image Via : industrious.info

Untuk info, nama watak sebenar penolong kepada Billy Beane terpaksa diubah disebabkan watak sebenar tak nak ada kena-mengena dengan filem Moneyball ni. Sebab tu nama watak Peter Brand digunakan. Nama watak sebenar yang menjadi penolong kepada Billy Beane untuk membentuk sistem sabermetric ialah Paul DePodesta.

Image Via : hotflick.net

Memang tak ramai peminat sukan baseball macam peminat bola sepak kat Malaysia ni. Walaupun sukan baseball bukan minat korang, tapi ada banyak benda bermanfaat yang korang boleh dapat bila tengok filem ni. Dengan mutu lakonan Brad Pitt dan Jonah Hill, sampai korang sendiri boleh was-was dengan sistem sabermetric yang dorang cuba gunakan. Dalam filem Moneyball ni pun korang boleh nampak macam mana Billy Beane dan Peter Brand dipandang hina dan dimaki oleh orang ramai sebab dorang berkeras nak gunakan gak sistem sabermetric dalam Major League Baseball.

Image Via : connexuscu.org

Sebelum korang layan filem Moneyball ni kat Netflix, boleh tengok dulu trailer kat bawah ni okeh.

KATALAKI: Major League Baseball merupakan bidang sukan profesional paling tua kat Amerika Syarikat selain National Basketball Association (NBA), National Football League (NFL), National Hockey League (NHL) dan Major League Soccer (MLS).

Last modified: 19 July 2019