Review – Spider-Man: Far From Home Penuh Dengan Ilusi

Sembang

Boleh dikatakan filem terbaru Spider-Man: Far From Home menanggung beban yang besar disebabkan ini filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas filem Avengers: Endgame. Ramai yang mengharapkan filem Spider-Man: Far From Home akan jadi sehebat filem Avengers: Endgame bila jejakkan kaki ke dalam wayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Spider-Man: Far From Home (@spidermanmovie) on

Permulaan filem Spider-Man: Far From Home ada ditunjukkan keadaan di bumi yang mula kembali seperti biasa selepas manusia yang hilang disebabkan Thanos berjaya dihidupkan semula. Apa yang berlaku selepas Thanos petik jari tu digelar “Blip” dalam filem Spider-Man: Far From Home.

Kalau korang dah memang familiar dengan watak superhero baru yang diperkenalkan dalam filem Spider-Man: Far From Home iaitu Mysterio lakonan Jake Gyllenhaal, rasanya korang dah boleh agak jalan cerita yang ditunjukkan dalam filem terbaru Spider-Man ni. Kalau yang baru nak kenal dengan Mysterio, korang boleh baca kat sini jap.

Image Via : screenrant.com

Filem Spider-Man: Far From Home bertambah meriah dan lawak dengan lakonan Jon Favreau sebagai Happy Hogan dan Ned Leeds sebagai Jacob Batalon.

Kalau dorang ni takde mungkin agak penat gak lah kening kita sebagai penonton asyik berkerut sebab terlalu fokus untuk faham jalan cerita yang ditunjukkan dalam Spider-Man: Far From Home.

Image Via : washingtonpost.com

Dalam artikel sebelum ni, kami ada kongsikan mengenai 5 filem penting yang korang kena ingat atau tengok balik sebelum layan filem Spider-Man: Far From Home. Memang betul. 5 filem tersebut akan membantu korang untuk lebih faham apa yang terjadi atau apa yang cuba ditunjukkan secara tersirat dalam filem Spider-Man: Far From Home.

Image Via : wired.com

Selepas kematian Tony Stark dalam filem Avengers: Endgame, bukan peminat filem MCU je yang mengharapkan Spider-Man boleh menggantikan tempat Tony Stark, tapi watak dalam filem MCU sendiri bagi tekanan yang tinggi kepada Spider-Man untuk berusaha buktikan yang Peter Parker mampu menyambung legasi Tony Stark.

Dalam filem Spider-Man: Far From Home ada gak ditunjukkan scene yang boleh buat bulu roma korang berdiri sebab terbayangkan aksi-aksi Tony Stark dengan gadget yang canggih-canggih. Nak tahu macam mana scene tu, kena la tengok sendiri dalam filem Spider-Man: Far From Home.

Image Via : wired.com

Pada pandangan kami, permulaan filem Spider-Man: Far From Home agak slow. Tapi lama-kelamaan penonton akan semakin leka dengan babak aksi yang ada dalam filem ni. Ada 2 post-credit scene yang korang kena tengok di penghujung filem Spider-Man: Far From Home.

Korang kena ingat jugak yang filem Spider-Man: Far From Home ni adalah filem pertama selepas kejadian Avengers: Endgame dan senang untuk dirungkaikan yang Spider-Man Far From Home ni boleh dikatakan adalah filem lucu dan dalam pada masa yang sama jugak adalah sebuah filem yang menyentuh jiwa penonton. Sebab apa? sebab filem ini tertumpukan kepada perjalanan kehidupan Peter Parker selepas kejadian Endgame dan pergelutan jiwa dalam mencari jalan dan pilihan untuk teruskan menjadi “jaguh kampung” atau dalam bahasa inggeris “friendly neighborhood Spider-Man” atau beliau ingin mengantikan tempat Iron Man sebagai superhero yang disukai ramai. Dan penonton juga disajikan dengan kepayahan Peter Parker untuk move on selepas kematian Tony Stark.

Untuk babak-babak action scene atau pergaduhan. Ada yang akan membuatkan korang rasa pening dan kadang-kadang terasa macam kita tengah tengok CGI effect seakan video game. Mungkin babak-babak macam ini senang untuk diterima oleh anak muda. Tapi yang penting, babak-babak pergaduhan antara Spider-Man dan watak-watak jahat memang menarik untuk ditonton. Babak-babak antara Peter Parker, Ned, MJ dan kawan-kawan Peter Parker senang untuk diterima oleh penonton, ia membuatkan kita rasa watak-watak diorang ni dalam trilogi Spider-Man ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Post-credit scene ni ada kemungkinan agak penting untuk filem-filem MCU akan datang selepas filem Spider-Man: Far From Home. Secara keseluruhan, filem Spider-Man: Far From Home berjaya mengubati kerinduan peminat filem-filem MCU selepas tamatnya filem Avengers: Endgame.

Ni antara pendapat-pendapat review bagi peminat-peminat yang dah pun tonton filem Spider-Man: Far From Home. Ini hanyalah komen diorang yang sedikit sebanyak membantu korang untuk nilai sendiri filem ke-2 Spider-Man dibawah bumbung Marvel Studios ni. Apa pendapat korang? Sama tak macam diorang kat bawah ni?

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

KATALAKI: Kalau ada lagi yang jenis tak suka tunggu post-credit scene filem-filem MCU, tak tahu lah nak cakap apa.

Last modified: 10 July 2019