Review YESTERDAY: Dunia Tanpa The Beatles

Sembang

Filem terbaru yang ada kena mengena dengan The Beatles, Yesterday akan mula ditayangkan pada 27 Jun 2019 di pawagam seluruh Malaysia. Sebelum nak pergi tengok, mesti kita nak tahu filem ni best ke tak, betul? Pasal kisah benar The Beatles ke tak sebenarnya?

Filem ni bukan kisah benar pasal rock band yang berasal dari England, The Beatles, tapi filem ni mengenai Jack Malik lakonan Himesh Patel, seorang pemuzik jalanan yang paling tak diminati ramai. Jack Malik busking kat luar menyanyi dengan penuh perasaan tapi tetap takde orang pun perasan dia tengah menyanyi sebenarnya. Ada sorang je kawan baik perempuan dia yang bersungguh layan cita-cita Jack Malik nak jadi penyanyi ternama iaitu Ellie Appleton lakonan Lily James.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yesterday (@yesterdaymovie) on

Mak dengan ayah sendiri pun tak layan kalau Jack Malik menyanyi. Macam tu lah betapa sedihnya orang yang bernama Jack Malik dalam filem Yesterday ni. Satu hari tu, dunia tiba-tiba blackout, takde elektrik, gelap gelita, tak nampak apa, masa ni lah Jack Malik yang tengah berbasikal tiba-tiba dilanggar bas.

Lepas tersedar kat katil hospital, Jack Malik dapat tahu yang semua orang tak tahu The Beatles tu siapa. The Beatles tak pernah wujud kat dunia. Yang kena langgar bas si Jack Malik, tapi yang hilang ingatan manusia satu dunia. Masa ni la konflik timbul dalam filem ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yesterday (@yesterdaymovie) on

Best gak la korang boleh tengok macam mana reaksi Jack Malik bila semua orang tak kenal dan tak tahu apa benda tu The Beatles. Bukan The Beatles je yang orang tak tahu, ada lagi benda lain yang orang tak tahu tapi Jack Malik je yang tahu. Menarik gak masa ni. Nasib baik ada pak cik Google.

Masa ni la Jack Malik gunakan kesempatan, nyanyi lagu-lagu The Beatles konon-konon dia yang cipta sampai Jack Malik semakin popular siap bergandingan dengan Ed Sheeran. Macam pelik gak tengok Ed Sheeran berlakon.

Untuk penyokong dan peminat tegar The Beatles, kena tengok la filem ni sebab memang bersepah lagu-lagu The Beatles. Antara lagu yang ada termasuklah I Want to Hold Your Hand, Yesterday, Hey Jude, Let It Be dan banyak lagi lah. Boleh la sing along dalam wayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yesterday (@yesterdaymovie) on

Korang kena tahu yang genre filem ni ialah komedi. Kalau tak gelak bukan komedi la namanya kan? Memang ada babak-babak yang boleh buat korang tergelak terbahak-bahak dalam filem ni. Nak tahu apa ending dia, sama ada orang lain berjaya kenal siapa The Beatles ke tak, berjaya ke Jack Malik tipu orang ramai selama-lamanya dengan lagu yang sebenarnya dicipta oleh The Beatles atau pun apa yang jadi kat Ellie Appleton yang setia teman Jack Malik sebelum popular, kena la tengok sendiri filem ni okeh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yesterday (@yesterdaymovie) on

Tapi rasa macam sayang gak kenapa diorang tak buat filem yang betul-betul kisah benar pasal The Beatles. Harap-harap satu hari nanti dapat la kita tengok kat wayang filem kisah benar macam mana bermulanya legenda The Beatles dalam bidang muzik. Boleh bersaing dengan filem Bohemian Rhapsody.

Ada banyak gak persoalan yang timbul lepas kami tengok filem ni. Tapi lain orang lain cara penerimaan untuk setiap filem kan? Antara reviews yang kami boleh relate kat imdb:


Macam biasa la, sebelum nak pergi tengok filem Yesterday ni nanti, kena la layan trailer filem ni dulu.

KATALAKI: Filem kisah benar pasal Elton John bertajuk Rocketman akan ditayangkan kat Malaysia tak lama je lagi, 25 Julai 2019.

Last modified: 26 June 2019