Richard “Nightstalker” Ramirez – Si Pembunuh Kejam!

Sembang

Hari ini aku nak bercerita serba sedikit tentang seorang pembunuh bersiri yang sangat terkenal di Amerika Syarikat iaitu Richard Ramirez ataupun lebih dikenali sebagai The Night Stalker! Richard telah dilahirkan di El Paso, Texas pada tahun 1960.

Ayah Richard merupakan warga Mexico dan juga seorang bekas anggota polis dari Juarez, Mexico. Ayahnya mempunyai sikap panas baran dan gemar melepaskannya pada anak-anak. Semasa kecil, Richard telah berdepan dengan dua kemalangan yang mengakibatkan dia mengalami epileptic seizures.

Richard mula kenal dengan keganasan semasa dia menghabiskan masa lapangnya bersama-sama dengan saudaranya iaitu Miguel. Miguel merupakan bekas ahli Green Berets dan selalu menceritakan pengalamannya semasa Vietnam War.

Dia selalu menunjukan gambar-gambar orang yang dia telah bunuh kepada Richard. Beberapa gambar tersebut turut menunjukan Miguel memegang kepala wanita yang dia telah penggal. Miguel juga mula mengajar Richard skill-skill yang dia belajar seperti cara menyorok dan membunuh pihak musuh tanpa dikesan.

Satu hari Miguel telah bertindak menembak isterinya di kepala ketika mereka berdua sedang bertengkar. Richard turut ada semasa kejadian dan ini merupakan kali pertama dia melihat pembunuhan di depan matanya sendiri. Miguel telah ditahan oleh pihak berkuasa namun telah mengaku yang dirinya tidak waras dan dilepaskan selepas 4 tahun dirawat di hospital sakit jiwa.

Setelah itu, Richard telah keluar dari rumah dan menetap di rumah keluarga kakak dan abang iparnya. Suami kakaknya juga mempunyai perangai yang tidak senonoh. Dia suka mengendap wanita-wanita dan selalu membawa Richard keluar pada waktu malam untuk join aktiviti terkutuknya itu.

Setelah meningkat dewasa, Richard telah bekerja di sebuah hotel dan seringkali menggunakan kunci pendua yang dia ada untuk memecah masuk bilik hotel tetamu dan mencuri barang-barang ketika tetamu sedang tidur. Pada suatu hari dia cuba untuk merogol salah seorang tetamu hotel yang sedang tidur namun dia telah ditangkap oleh suami wanita tersebut yang kebetulan baru pulang ke bilik hotelnya. Dia kemudiannya telah dibuang kerja.

Pada usia 22 tahun, Richard telah berhijrah ke California dan dari sinilah bermulanya kehidupan Richard sebagai pembunuh bersiri yang digelar The Night Stalker. Pada 10 April 1984, Richard telah melakukan pembunuhan pertamanya. Seorang mayat kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun telah dijumpai di dalam sebuah basement hotel.

Kanak-kanak ini dipercayai telah dipukul, dirogol dan ditikam sehingga mati. Mayatnya telah digantung pada sebuah batang paip yang terdapat di basement hotel tersebut. Mangsa seterusnya adalah seorang wanita warga emas yang dibunuh pada tahun yang sama.

Wanita ini dikatakan telah ditikam bertubi-tubi sehingga mati semasa dia sedang tidur. Lehernya telah dikelar sehingga menyebabkan kepala wanita tersebut hampir terputus. Pada tahun 1985, Richard telah memecah masuk garage seorang wanita dan bertindak menembaknya dimuka. Namun nyawa wanita itu masih panjang bilamana tembakan yang dilepaskan oleh Richard tidak mengena wanita tersebut.=

Rakan serumah wanita tersebut terdengar bunyi tembakan dan cuba bersembunyi namun Richard telah menjumpainya dan terus menembaknya tepat dikepala sehingga mati. Tidak sampai beberapa jam selepas itu, Richard sekali lagi telah melepaskan tembakan pada seorang wanita dan membunuhnya sebelum membawa lari kereta wanita tersebut.

Sepuluh hari selepas itu, Richard telah memecah masuk sebuah lagi rumah dan membunuh seorang lelaki semasa dia sedang tidur. Dia kemudiannya telah bertindak memukul isteri lelaki tersebut dan memaksanya menunjukan tempat dia menyimpan barang-barang berharga.

Semasa wanita itu sedang mengambil barang untuk diberikan kepada Richard, wanita tersebut berjaya mendapatkan senapang milik suaminya dan bertindak untuk menembak Richard namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila senapang tersebut tidak mempunyai peluru.

Bengang dengan tindakan wanita tersebut, Richard telah melepaskan tiga tembakan pada wanita tersebut. Tidak cukup dengan itu, Richard telah memotong anggota badan wanita tersebut dengan menggunakan pisau dan mengambil biji mata wanita tersebut untuk dibawa pulang bersama-sama dengan barang berharganya.

Pada August 1985, Richard telah berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas pihak berkuasa berjaya mengenalpasti cap jari yang ditinggalkan oleh Richard di salah satu lokasi jenayahnya. Pada hari pertama pembicaraan, Richard telah menunjukan satu simbol pentagram yang telah diukir di tapak tangannya sambil menjerit “Hail Satan!

Richard telah disabitkan dengan 13 kes pembunuhan, 5 cubaan membunuh, 11 serangan seksual dan 14 kes pecah rumah. Dia telah diberikan hukuman mati dengan gas beracun dan selepas mendengar hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya, Richard berkata:

“Big deal, Death always went with the territory. See you in Disneyland!”

Richard telah diberkas pada usianya lingkungan 20an dan dia telah mati pada usia 53 pada tahun 2013 tapi bukan disebabkan hukuman mati yang telah diberikan padanya tapi disebabkan penyakit B-Cell Lymphoma.

KATALAKI: Sebuah movie yang diinspirasi daripada kisah Richard Ramirez telah dikeluarkan pada tahun 2016 yang bertajuk The Night Stalker.

Last modified: 16 October 2019